Selama 26 Tahun Tak Pernah Solat, Terdetik Untuk Solat Semasa PKP Dan Hanya Guna Nota Untuk Hafal Bacaan

Di sebalik penularan wbak C0vid-19 yang melanda serata dunia ketika ini, ada hikmahnya bagi sesetengah orang, yang mereka sendiri tidak sangka dan terfikir akan berlaku.

Seperti kisah seorang gadis yang pulang dari Eropah yang terjejas teruk dan diisytiharkan zon merah bagi wbak yang membawa ma ut itu.

Perkongsian foto nota-nota niat dan surah serta bacaan lain untuk menunaikan solat, yang tersusun kemas diletakkan di hadapan sejadah, mengundang rasa terharu netizen.

Bercakap kepada mStar, Nur’Rashima Murat, 27, berkata hatinya mula terdetik untuk menunaikan solat semasa hubungannya bersama tunang ketika itu mengalami masalah, sebelum putus pada Mac tahun lalu.

“Jujurnya, sepanjang saya hidup 26 tahun ketika itu, saya tak pernah sekali solat atau mengaji. Bukan ibu bapa tak nak ajar, tapi diri sendiri yang belum nak belajar solat.

“Gambar nota-nota tu di sejadah tu saya ambil pada April 2019, tapi baru saya ada keberanian untuk berkongsi kepada umum,” ujar warga Singapura itu.

Lebih mesra dengan panggilan Shima, dia mengakui selepas itu dia tetap mengalami ksulitan untuk menunaikan solat sebanyak lima kali sehari.

“Mula-mula tu susah juga, terkial-kial. Saya cuma cuma solat Isyak dan Subuh. Saya belajar pada waktu malam sebab semua orang dah tidur.

“Saya rasa malu nak solat dengan nota-nota tu, tak yakin. Saya masih solat tapi tak ambil inisiatif untuk menghafal setiap bacaan,” katanya yang menetap di Choa Chu Kang.

Kepulangannya ke Singapura selepas bercuti di Eropah pada awal bulan lalu memerlukannya untuk menjalani kurantin di rumah sebagai langkah-langkah pencegahan C0vid-19.

Sepanjang tempoh dua minggu itu, Shima mengambil peluang untuk belajar solat secara serius.

“Saya banyak tinggal solat dan inilah waktu untuk perbaiki solat saya. Saya hanya duduk rumah semasa kurantin dan nekad untuk belajar solat betul-betul.

Saya rasa kalau tak kerana wabak C0vid-19 dan self quarantine ni, saya akan tetap malas and tak nak belajar solat betul-betul. Ia membuka mata saya.

SHIMA

“Alhamdulilah sekarang saya dapat solat dengan tenang. Saya tak pakai nota-nota tu lagi sebab dah hafal. Surprisingly, saya hanya mengambil masa sehari untuk hafal semua,” ujarnya.

Shima yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik itu syukur telah selesai menjalani kurantin di rumah selama dua minggu tanpa mengalami sebarang gejala dan sihat sepenuhnya.

Bagi pembantu peribadi di sebuah syarikat Batam, Indonesia itu, terdapat hikmah di sebalik wabak C0vid-19.

“Saya rasa kalau tak kerana wbak C0vid-19 dan self qurantin ni, saya akan tetap malas and tak nak belajar solat betul-betul. Ia membuka mata saya.

“Saya juga gembira dapat mempengaruhi kawan yang sebelum ni pun tak pernah solat lima waktu. Sekarang saya nampak dia solat depan mata saya. Dia juga berjaya melakukannya!

“Dan sekarang ia menjadi satu kewajipan untuk solat dan saya tidak akan terlepas melakukannya,” ujar Shima sambil menambah Singapura ketika ini menyarankan penjarakan sosial bagi mencegah jngkitan C0vid-19.

Menurut Shima, perkongsiannya itu sebagai iktibar untuk memberi ksedaran bahawa setiap manusia tidak lari daripada membuat ksilapan dan tidak malu untuk memperbaikinya.

“Saya tak nak mereka malu untuk belajar solat walaupun umur sudah meningkat. Belajar solat dengan cara atau susah macam mana sekali pun kerana saya percaya suatu hari nanti semua usaha ini berbaloi… insyaAllah dosa kita dapat diampun olehNya,” katanya.

mStar Online

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*