[Video] Ramai Sindir Sapawi Tak Fasih Ckp English, Namun Netizen Tergamam Bila Tahu Jumlah Gaji Sapawi

” Temubual pertama Safawi di Portugal. Yang mana niat nak kutuk english Pawi yang berterabur tu, pergi google video Valentino Rossi kena interview.

” Dah 20 tahun main MotoGP round keliling dunia, dia punya english steady je barai.”

Demikian ulasan dari laman Twitter, Sukan Star yang mempertahankan bintang bola sepak negara, Safawi Rasid meskipun tidak fasih ‘speaking’ ketika sidang media.

Mengambil contoh lagenda pelumba motor dari Itali, Valentino Rossi, yang lagi berterabur bila bercakap bahasa Inggeris.

Atau nak lagi senang, tengok sahaja Lionel Messi, pemain terbaik dunia 6 kali dari Barcelona dan Argentina, sampai ke sudah tak pernah cakap bahasa Inggeris bila ditemuramah.

Terdahulu beberapa warganet menyindir Safawi yang tidak fasih berbahasa Inggeris ketika diwawancara oleh wartawan di Portugal.

VIDEO :

Temubual pertama Safawi di Portugal. Syabas Safawi 👍👍

Temubual pertama Safawi di Portugal. Syabas Safawi 👍👍

Posted by Powerlicious on Saturday, October 10, 2020

Ini gaji Safawi di kelab Portugal, ada lagi nak sindir?

Sementara itu, Safawi kini pemegang status pemain paling mahal di Malaysia apabila dianggarkan menerima gaji sekitar AS$15,000 hingga AS$25,000 sebulan iaitu bersamaan RM62,000 hingga RM103,000 dengan kelab liga utama Portugal, Portimonense FC.

Nilai berkenaan diyakini antara tertinggi pernah diterima pemain tempatan sama ada ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia mahupun bersama kelab luar negara.

Menurut ejen terkenal yang enggan namanya didedahkan, berdasarkan nilai pasaran semasa Safawi mengikut www.transfermarkt.com, tanda harga pemain berusia 23 tahun itu ketika ini mencecah 300,000 pound atau RM1.5 juta.

Katanya, tanda harga itu biasa meletakkan pendapatan pemain tidak melebihi RM150,000 sebulan dan jika benar, tonggak sayap Harimau Malaya itu boleh dianggap sebagai pemain paling mahal di negara ini.

Malah, tanda harga pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu mampu meningkat dua kali ganda seandainya dia kekal untuk tempoh lebih lama atau dilamar kelab gergasi Portugal seperti Benfica, FC Porto dan Sporting CP atau dulu dikenali Sporting Lisbon.

Boleh cecah RM3 juta sebulan sekiranya..

” Kalau dia dapat kontrak dengan kelab lain yang beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah macam Porto, saya rasa nilai dia boleh cecah setengah juta.

” Jadi, Safawi boleh raih hampir RM2 juta hingga RM3 juta sebulan kalau dia dapat berpindah ke kelab yang bermain di peringkat tertinggi Eropah.

” Jika bukan kelab ternama Portugal sekalipun, kelab luar seperti di Itali atau Sepanyol mungkin destinasi terbaik buat Safawi meraih pendapatan besar seperti itu.

” Tapi kita kena ingat, pengiraan itu hanya secara kasar yang biasa diterima pemain di Eropah yang datang dari Asia. Nilai sebenar hanya diketahui kelabnya, Portimonense SC dan JDT (Johor Darul Ta’zim).

” Cuma apa yang boleh digambarkan, Safawi saat ini adalah pemain termahal negara dan itu kita harus akui,” katanya.

Sumber: https://jirancakap.com/semasa/ramai-sindir-sapawi-tak-fasih-ckp-english-namun-jumlah-gaji-sapawi-bikin-netizen-tergamam/

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*