Terima Kasih Utk Semua Kenangan Dan Memori, Satu Hari Aku Akan Menyusul. Selamat Jalan – Fad Bocey

GENAP seminggu pemergian Abam Bocey, namun hampir setiap hari kisah mengenainya menjadi paparan media.

Begitu juga dalam kalangan sahabat baik Abam iaitu Fad dan Achey, satu persatu perkongsian dimuat naik di laman sosial mereka yang bercerita mengenai pengalaman bersama.

Titisan air mata yang mengalir cukup menggambarkan perasaan dilalui sekali gus membuktikan betapa utuhnya persahabatan mereka sejak membentuk Bocey.

Kite plan nk berehat setahun dua je,tp rupenye kau nak berahat panjang ye..takpe bam,insyaallah disana lebih indah buat kau sahabat,terima kasih utk hadiah terakhir,kenangan terakhir dipentas keramat kite,terima kasih utk semua kenangan dan memori,satu hari aku akan menyusul,selamat jalan..Al Fatihah #kitabaikramaisayang #hatiinihanyarindu

Namun, seperkara yang menarik perhatian adalah keperibadian Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan yang terus meniti di bibir ramai orang.

Baik dalam kalangan keluarga, rakan artis, media mahupun peminat.

Malah, sepanjang karier Abam tidak pernah mencetuskan sebarang cerita cerita atau terpalit isu. Personalitinya yang pendiam membuatkan dia mengambil sikap membuat hal sendiri.

Di pentas lawak pula, Abam selesa menjadi diri sendiri. Kata dan cakap apa saja mengenai dirinya termasuk fizikal diri, dia okey dan tersenyum saja. Tidak pernah sekali pun dia merajuk hati atau terasa kerana menganggap semua itu gurauan semata-mata.

Assalamualaikum… takpe bam inshaAllah terang benderang ko kat sana tu dengan doa2 diorang ni… lampu suloh tu aku simpan k … tgk ape @fadbocey lampu suloh beli sendiri laaa..

Kita selalu dengar, orang baik pasti dibalas baik. Abam adalah orangnya. Ia berlaku depan mata kita hari ini. Sejak berita pemergian Abam dilaporkan sehingga sekarang, rumah Abam tidak berhenti diziarahi orang ramai. Begitu juga dengan pusara beliau.

Rezeki buat Abam juga apabila ribuan jemaah memberi penghormatan terakhir untuknya pada solat di Masjid Gombak Utara. Jumlah itu dikatakan jauh lebih ramai daripada jemaah solat Jumaat di masjid berkenaan.

Begitu juga ketika beliau dibawa apabila berebut-rebut sahabat mahu turun ke bawah untuk menguruskan abam. Semua itu bukti betapa baiknya abam sepanjang hidupnya dengan rakan.

Itu belum lagi ketika perjalanan abam dibawa yang diiringi pasukan bermotor hingga mengakibatkan kesesakan jalan.

Kalau diikutkan, semua itu tidak mempunyai kaitan atau pertalian keluarga dengan Abam. Tapi, disebabkan kebaikan yang ada pada abam, itu balasan untuknya biarpun sudah tiada.

Paling menarik perhatian juga apabila seorang wanita memberitahu Abam menampung persekolahan anaknya selama ini. Dalam diam, Abam melakukan kebaikan tanpa perlu menghebohkan kepada umum.

Diceritakan penjaga, wanita itu mengakui dia dan anak banyak menerima sumbangan daripada abam, malah Abam yang menyekolahkan anak dan menampung keluarganya.

Muncul pula, stokis peralatan sauna, Hamidah Husin yang berkongsi kebaikan Abam yang menolak menerima bayaran selepas Abam mempromosikan di Instagram.

Jawapan diberikan Abam ketika itu adalah rezeki bersama daripada Allah. Ternyata pada pengakhiran hayatnya, Allah datangkan rezeki yang berlipat kali ganda untuk Abam atas kebaikan dilalukan.

Terdetik seketika, siapa lagi yang dibantu abam sepanjang hidupnya? Semoga segala kebaikan abam menjadi pedoman buat semua.

Percayalah, perbuatan yang baik tetap dibalas baik. Kalau bukan semasa hidup, tapi di akhir4t kelak.

Semoga Abam ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin, al-Fatihah.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: HarianMetroBySudirmanMohdTahir

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*