Terima Sepucuk Surat Daripada 3 Kanak-Kanak, Achey Terharu Baca Isi Kandungannya

Tiada ungkapan yang lebih indah yang dapat digambarkan oleh penyanyi, Achey apabila dia menerima kata-kata semangat daripada tiga orang kanak-kanak yang tidak dikenali olehnya. Menerusi Instagram Achey, dia memberitahu bahawa surat tersebut diletakkan di dalam peti surat rumahnya.

Tambahnya, isi kandungan surat yang dihantarkan kepadanya itu sangat mengundang sebak apabila ketiga-tiga mereka merupakan peminat ciliknya. Lebih meruntun jiwa, mereka mendoakan agar Abam tenang di sana dan segala amalan abam diterima oleh Allah S.W.T. Sebaknya!

Thank you anak-anak

Menurut Achey, dia telah menerima sepucuk surat daripada tiga orang kanak-kanak yang dikenali sebagai Azalea, Alisha dan Adam. Mereka memintanya agar tidak bersedih setelah pemergian Abam. Malah, mereka turut berdoa agar Abam tenang di sana. Lebih menyentuh perasaan, mereka meminta dirinya dan Fad supaya bertenang dan kembali ceria seperti dahulu.

Pada masa yang sama, Achey turut memberikan ucapan terima kasih kepada kanak-kanak berkenaan yang sanggup mengirim surat kepadanya kerana mereka seolah-olah memahami situasi diri mereka sekarang. Video yang berdurasi 1:59 saat itu mendapat lebih daripada 200k tontonan dan pelbagai komen daripada netizen.

VIDEO DI INSTAGRAM ACHEY

Budak-budak pun faham

OhBulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*