Terima Suapan Lebih RM800,000, Dua Pegawai Tinggi PDRM Ditahan Termasuk 1 Penjawat Awam

PETALING JAYA, MALAYSIA: Dua pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dan Inspektor bersama seorang penjawat awam ditahan, 5 Nov 2020, disyaki terbabit kes suapan berjumlah RM800,000.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata ASP berusia 38 tahun dan Inspektor berumur 34 tahun itu bertugas bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

Beliau berkata, seorang lagi suspek berusia 49 tahun pula bekerja di mahkamah, di sini.

Katanya, ketiga-tiga individu itu disyaki terbabit kes sogokan bagi menyelesaikan kes membabitkan sindiket yang melaksana dan menyelenggarakan aplikasi perjuudiian dalam talian.

“Mereka ditahan susulan penangkapan pemilik syarikat membuat aplikasi perjudlan dalam talian bersama 35 pekerjanya pada 2 Oktober lalu.

“Pemilik syarikat itu telah dibawa ke sebuah balai polis di sini, jam 6 petang 4 Oktober lalu, untuk bertemu pegawai penyiasat kanan berusia 38 tahun.

“Pada masa sama, seorang lelaki berusia 34 tahun didkwa mengaku diri sebagai orang tengah kepada pemilik syarikat itu.

“Lelaki itu juga dikatakan mendakwa boleh menyelesaikan semua kes sedang disiasat terhadap pemilik dan pekerja syarikat berkenaan, selain membatalkan reman.

“Dua lelaki itu juga didkwa berjanji untuk memulangkan barangan rmpasan. Wang yang didkwa diminta untuk berbuat demikian ialah sebanyak RM800,000,” katanya pada sidang media di IPD Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Ezanee memaklumkan, semua perbualan, termasuk tawaran wang berkenaan, disyaki berlaku di hadapan ASP terbabit di sebuah bilik di balai polis itu.

“Lelaki itu turut disyaki menghubungi pakar juudii supaya laporan pakar juudii dikeluarkan adalah negatif yang menyebabkan kes ditutup.

“Selepas itu, pegawai terbabit didakwa menghubungi ‘majistret’ untuk datang ke balai polis berkenaan.

“Kira-kira 10 minit kemudian, seorang lelaki dikatakan ‘majistret’ tiba dan diarah membatalkan sambung reman terhadap semua individu berkaitan,” katanya.

Susulan itu, Nik Ezanee berkata, pemilik syarikat berkenaan dikatakan beranggapan svspek boleh membantu menyelesaikan kes dan bersetuju menyerahkan wang seperti diminta.

“Lelaki itu kemudian dikatakan menghubungi isterinya supaya menyediakan wang pendahuluan berjumlah RM300,000 dan mengarahkan isteri bersama seorang rakan warga asing menyerahkan wang berkenaan kepada orang tengah.

“Mereka didkwa menyerahkan wang tunai berjumlah 99,000 dolar Singapura (kira-kira RM300,000) kepada orang tengah itu di tempat letak kereta di sebuah restoran segera di daerah ini.

“Selain dua pegawai polis dan penjawat awam berkenaan, kita turut menangkap pasangan suami isteri itu serta rakan mereka, kelmarin,” katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas tiga telefon bimbit, dua jam tangan, tiga pasang kasut, dua rantai kunci dan satu pasport hasil tangkapan semua svspek.

Tiga individu, termasuk pemilik syarikat itu, direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanvn Kesksaan.

Dalam pada itu, polis sedang mendapatkan permohonan reman terhadap dua pegawai polis dan seorang penjawat awam terbabit bagi membantu siasatan lanjut.

SPRM tahan dua pegawai polis kes juudii, Macau Scam

Pada 7 oktober yang lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai polis berhubung sindiket Macav Sc4m dan juudii dalam talian membabitkan ratusan juta ringgit.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang mengesahkan penahanan itu berkata, SPRM bagaimanapun tidak memaklumkan secara rasmi kepada pasukan keselamatan itu setakat ini.

“Apa yang saya ingin nyatakan di sini, kes ini disiasat SPRM dan untuk tujuan itu, saya mewakili pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan membuat apa-apa ulasan mengenainya.

“Ya betul, dua pegawai kita ditahan SPRM, tapi kita juga belum mendapat sebarang perincian rasmi sama ada mereka ditahan atas kess lain atau kess yang sedang disiasat SPRM ini,” katanya.s

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Seminar Pengukuhan Siasatan Jenyah Komersial dan pelancaran portal dan aplikasi Semak Mule di sini, pada Rabu.

Sebelum ini, media mendedahkan dalang utama sindiket berkenaan dipercayai rakyat China, tetapi beroperasi menggunakan ejen di Malaysia untuk menguruskan ‘pelaburan’termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform ‘membersihkan’ wang hasil penipuan.

Sindiket terbabit menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi atau pusat panggilan kegiatan haram berkenaan dengan menyasarkan mangsa di China dan Taiwan.

Baru-baru ini, SPRM mendapat perintah tahanan reman selama lima hari ke atas lima individu yang disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram menggunakan modus operandi berkenaan. – Berita Harian

Kredit : KINI MYSUMBER

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*