Isteri Da’i Farhan Daftar Anak Masuk Sekolah Hari Pertama, Terkejut Dengar Ada Suara Pelajar Panggil Ayat Ini

Permulaan tahun baru bermakna waktu paling sibuk buat ibu bapa menyiapkan kelengkapan persekolahan dan mendaftar anak masing-masing ke sekolah.

Sama juga kisahnya bagi pasangan merpati dua sejoli, Da’i Farhan dan isteri, Dr. Erin yang meluangkan masa untuk sesi pendaftaran tahun baharu 2020.

Berkongsi kisah menarik pada hari pertama persekolahan anak-anaknya, Dr. Erin terkejut apabila ada pelajar sekolah yang memanggilnya dengan gelaran ‘wanita kaabah’.

“ Tiap awal tahun daftar anak-anak masuk sekolah baru. Kali ini lain sikit pergi sekolah ada terdengar budak-budak sebut aura 19 wanita kaabah.

“ Alhamdulillah mudah betul urusan pertukaran sekolah anak hari ini,” tulisnya menerusi entri di Instagramnya semalam.

Baik Dr. Erin mahupun Farhan, kedua-duanya turun padang bersama-sama untuk menguruskan pendaftaran anak-anak mereka.

Mengimbas kembali, gelaran aura 19 wanita kaabah itu tercetus sekitar awal Disember lalu menerusi pendedahan Farhan kepada media mengenai jodohnya dengan wanita ke-19 iaitu Dr. Erin sendiri.

Malah, jodoh kuat mereka menyaksikan pasangan itu bertemu dan berkahwin di tanah suci Makkah.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber :GEMPAK DOT COM

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*