Terkejut Lelaki Ini, Sehari Sebelum Nak Raya Tiba-Tiba PoIis Datang Rumah Ketuk Pintu

KANGAR: PoIis hari ini mula melakukan pemeriksaan mengejut dari rumah ke rumah di sekitar daerah ini bagi memastikan tiada individu yang pulang ke kampung halaman dengan menggunakan jalan tikus.

Ketua PoIis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata sebanyak 25 buah rumah diperiksa pihaknya sejak jam 8 pagi hingga jam 2 petang tadi.

Katanya, rata-rata penduduk terkejut apabila melihat kehadiran beberapa pegawai dan anggota mengunjungi beberapa buah rumah bagi menjalani pemeriksaan selepas dilihat berpotensi untuk melanggar syarat dan prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan.

“Pemeriksaan mengejut ini akan diteruskan sepanjang hari raya, bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terus dipatuhi.

‚ÄúSetakat ini tiada notis kompaun yang dikeluarkan namun kita menasihati orang ramai untuk tidak memandang ringan perintah yang dikeluarkan,‚ÄĚ katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, tinjauan BH bersama pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat PoIis Daerah (IPD) Kangar mendapati jumlah kenderaan di beberapa kawasan setempat seakan bertambah dari jumlah kebiasaannya.

Selain itu, pemeriksaan mengejut turut dilakukan di beberapa pasar tumpuan yang dikunjungi penduduk bagi membeli persiapan menyambut Aidilfitri esok.

Keadaan sedikit sesak, namun terkawal berikutan kehadiran anggota poIis yang mengawal penjarakan sosial.

Bagaimanapun, hasil tinjauan di beberapa pintu masuk ke negeri ini mendapati jalan raya lengang selain tidak banyak jumlah kereta yang dilihat masuk ke negeri ini.

BHARIAN ONLINE / awattt syeikh

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*