Terkejut Penerbit Program TV Ini Bila Sugu Pavithra Kenakan Cas RM10 Ribu Jika Nak Mereka Muncul. Pavithra Tampil JeIaskan Perkara Sebenar

Timbul satu dakwaan yang menyatakan YouTuber terkenal Sugu Pavithra meminta sejumlah bayaran berjumlah RM10000 bagi menyertai program masakan di televisyen. Hal ini berlaku apabila seorang pengendali program sebuah stesen televisyen mendakwa jumlah bayaran tersebut setanding dengan bayaran Chef Selebriti terkenal tanah air.

Menerusi laporan Gempak, Sugu membidas dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa dia dan isterinya tidak mahu terlibat dengan mana-mana program rancangan masakan di televisyen.

Tidak mahu terlibat dalam program TV

Sekarang ini kami tidak henti-henti menerima permintaan daripada orang untuk menemu bual dan tawaran untuk buat program masakan. Sebenarnya, kami tidak mempunyai pihak pengurusan untuk uruskan. Semuanya diuruskan sendiri.

Jadi, jadual kami memang padat. Kami tidak mempunyai masa yang banyak selain perlu menguruskan keluarga. Jadi, apabila pihak berkenaan seperti mendesak mahu kami lakukan, saya terus cakap harga sebegitu.

Walhal, sebolehnya, kami tidak mahu terlibat dengan program di televisyen.

Menurutnya, dia telah menerima pelbagai tawaran dan permintaan orang ramai untuk membuat program masakan di televisyen, namun dia tidak mempunyai masa yang cukup. Jadi selepas didesak oleh sesetengah pihak, dia terpaksa menyebut harga yang agak tinggi agar pihak produksi tidak lagi mengganggunya. Tegasnya lagi, dia tidak mahu terlibat dengan apa jua program di televisyen.

Fokus pada video masakan di YouTube

Tak mahu keluar di televisyen. Kalau boleh biarlah kami fokus dengan video masakan untuk dimuat naik di YouTube sahaja, cukuplah.

Kami pun perlu hasilkan video setiap hari untuk channel kami, memang tak cukup masa.

Tambahnya lagi, dia dan isterinya lebih memberi tumpuan kepada penghasilan video masakan di YouTube mereka. Masa untuk dirinya sangat terhad dan dia juga mempunyai keluarga untuk diuruskan. Oleh sebab itu dia terpaksa menolak semua tawaran dan permintaan pihak produksi televisyen.

GEMPAK VIA AWATTT SYEIKHH NETWORK

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

2 Comments

  1. Apa punya producer la. Org tak mau tak payahlah condemn. Kalau nak masuk TV, semua producer control. Tak authentic. So kena ikut telunjuk producer.
    Biarlah org cari makan cara lain. I bet kalau masuk tv, their show merudum.

  2. Saya seoarang producer juga.. btw TV station udah ngak se popular dulu..dan content TV semua boringggggg dan always tidak ada content baru..selain old stock di recycle kebanyak… zaman dulu boleh lah memperbodoh kan orang dengan recycle content… sekarang sorry to say… tak perlu TV untuk endorse ..kerana Viewer di Youtube lebih universal dan global viewer… TV only national aje… so comment kalau producer tv takde duit jangan lah appraoch… btw Chef Wan itu adalah untuk Nitizen orang Tua… dan jangan di banding kan dengan Nitizen zaman sekarang… So to day.. Chef Wan mungkin untuk orang2 tua appealing ..but not for young one… kalau benar anda producer…kamu seharus nya buat research sebelum kutuk orang… anyway kalau takde duit jangan lah minta free content…hahahahaha

1 Trackback / Pingback

  1. Kemain Demand Sampai 10k, Producer Dedah Sikap Sugu Pavithra, Ini Penjelasan Sebenar! - Kartel Dakwah

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*