Terkini. Akhirnya Terima Pengesahan Anak Menteri Mana Ditahan Polis Sebab Dadah

Hari ini tular di media sosial tentang seorang anak menteri ditahan atas positif dadah. Ramai yang mengatakan anak Menteri Pertahanan Malaysia, Mat Sabu tetapi tiada apa apa pengesahan. Ini update terkini.

PengesahanĀ Anak Mat Sabu ditahan positif ganja

Saiful Islam anak Menteri Pertahanan 'Mat Sabu' ditahan positif ganja

KUALA LUMPUR: Anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ditahan polis selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan pada Jumaat malam.

Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31 tahun, ditahan dalam Ops Hiburan Bersepadu.

Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Azhar Md Dali mengesahkan perkara berkenaan kepada Astro AWANI melalui aplikasi WhatsApp.

“Aku sahkan anak Abang Mat kena tahan,” katanya ringkas.

Operasi tersebut dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pemantuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di premis yang terletak di Jalan Ampang.

Menurut laporan Sinar Harian, ketika operasi itu dijalankan, seramai 101 individu diperiksa membabitkan 46 lelaki dan 55 wanita.

Dalam serbuan itu, dua lelaki termasuk anak menteri tersebut ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob mengesahkan perkara tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber Artikel :Ā Astro Awani

Notakaki: Semoga Mat Sabu tabah dengan dugaan yang datang sekarang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*