Terkini Kita Ada Ubat Untuk Rawatan Covid-19

SEMASA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan ubat ‘Chloroquine’, ‘Hydroxychloroquine’ dan kombinasi ‘Lopinavir dan Ritonavir’ adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Daadah (PBKD) dan boleh digunakan untuk rawatan C0vd-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bekalan ubat itu sedia ada di Malaysia untuk kegunaan rawatan penyakit lain dan semakan dengan pangkalan data produk berkenaan berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“ Bekalan ubat-ubatan yang memerlukan pengimportan seperti Favipiravir dan Remdesivir akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan C0vd-19.

“ Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terbabit dalam kajian klinikal ‘Multicenter Adaptive Solidarity trial C0vd-19’ yang mana ubat kajian itu akan digunakan.

“ NPRA akan menyediakan laluan ‘expedited review’ untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin.

“ Bagi ubat Favipiravir, KKM sedang mendapatkan ubat berkenaan daripada pembekal,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Menurutnya, dalam situasi pandemiik C0vd-19, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan KKM.

“ KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin demi kepentingan pesakit,” katanya.

Kredit: Harian Metro, Rimbabara

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*