Terkini, KWSP umumkan dua kategori ahli ini layak keluarkan wang dari akaun 1 melalui i-sinar

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan dua kategori ahli KWSP yang layak mengeluarkan wang simpanan Akaun 1 menerusi skim i-Sinar.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP dalam satu kenyataan media berkata,

kategori pertama termasuk ahli KWSP yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri dan yang bekerja dalam sektor ekonomi gig.

Kategori pertama itu turut melibatkan ahli KWSP yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

“Bagi kategori ini tiada dokumen sokongan diperlukan, kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP dan ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

“Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, kategori kedua adalah untuk ahli KWSP yang masih bekerja, tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas.

Jelas kenyataan itu, ia termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020 yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen diberikan.

Kata kenyataan itu, KWSP memerlukan dokumen sokongan bagi kategori kedua iaitu slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan atau tuntutan kerja lebih masa.

Jelas Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, jika dokumen terbabit tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

“Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, ahli KWSP yang mempunyai baki RM100,000 ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum RM10,000 dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM5,000.

Kata kenyataan itu, ahli KWSP yang mempunyai baki lebih RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 yang mana lebih rendah daripada Akaun 1.

“Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000,” kata kenyataan itu.

Sumber Kredit : Kosmo

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*