Terkini Perdana Menteri Mengumumkan Tentang PKPB Akan Bersambung Sehingga Hari Raya. Ini Kata Kata PM Tentang Sambutan Hari Raya

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah buat sidang media pada hari ini Ahad, 10hb Mei 2020. Ucapan pembukaan Perdana Menteri adalah untuk Nuzul Quran, dimana Al Quran diturunkan untuk umat Islam. Perdana Menteri juga mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu ibu dalam Malaysia.

Berita baik Untuk Rakyat Malaysia

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kerana semua rakyat mematuhi arahan kerajaan untuk memutuskan rangkaian C0V19. Disiplin rakyat adalah punca utama negara Malaysia selamat dari ancaman C0v19.

Singapura juga mengiktiraf Malaysia antara negara yang paling cepat sembuh dari C0V19.

Walaupun begitu, Perdana Menteri tetap menyatakan bahawa v1rus C0V19 adalah ‘musuh senyap’ dan janganlah kita leka. Berkenaan vaksin, Perdana Menteri memberitahu setakat ini tiada lagi vaksin ditemui tetapi ujian klinikal masih dijalankan.

Langkah masih perlu diambil untuk mengatasi waabak C0V19 ini seperti penjarakkan sosial, mencuci tangan selalu.

PKPB Dilanjutkan sehingga selepas Hari Raya

Perintah Kawalan Bersyarat akan disambung lagi sehingga 9 Jun 2020 iaitu selama 4 minggu. Semua operasi yang dilaksana sepanjang PKPB akan diteruskan. Perdana Menteri juga ada menyebut bahawa Hari Raya Aidilfitri akan berada dalam tempoh PKPB.

Beliau memohon maaf kepada semua rakyat kerana tujuan rakyat untuk menyambut Hari Raya tidak dibenarkan. Beliau meminta semua bersabar sehingga semua keadaan pulih. Dengan seloroh, Perdana Menteri meminta stesyen TV dan radio memainkan lagu lagu Hari Raya tetapi jangan lah semua lagu sedih.

Ziarah menziarahi dibenarkan untuk jiran jiran terdekat atau ziarah dalam negeri yang sama tetapi dalam 20 orang sahaja. Setiap keluarga harus ada penjarakkan sosial, disediakan pencuci tangan dan pastikan kawasan dalam dan rumah bersih.

Beliau juga memberitahu perjagaan kendiri harus dilakukan dan jangan lah rakyat leka terutama di musim perayaan penting.

Video Penuh Sidang Media

[LIVE] Perutusan Khas oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

[LIVE] Perutusan Khas oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin #BHTV#METROTV#NSTTV

Posted by Berita Harian Online on Saturday, May 9, 2020

Artikel Dari Viddy Media

Sempena tidak dapat balik beraya di kampung, kami dari Kualalumpur Viral menyajikan lagu raya untuk anda semua. Jangan bersedih, biar susah sekarang tetapi senang di kemudian hari.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*