Terkini, Rayhan Kabir Tidak Akan Didkwa. Tetapi Ada Keputusan Lain Yang Paling Dinantikan Ramai

Sudah lebih sebulan berlalu isu membabitkan kenyataan individu bernama Md Rayhan Kabir yang mengatakan pihak berkuasa Malaysia melayan tahanan pendatang asing seperti bin4tang.

Kata-kata Rayhan Kabir yang dipetik dalam rancangan dokumentari Al-Jazeera itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Sejak itu beliau telah lari bersembunyi selepas diburu pihak polis, namun berjaya ditahan selepas 2 minggu.

Kemudian sehari selepas penangkapan dan penahanan Rayhan Kabir pada 24 Julai lalu, keluarga warga Bangladesh itu telah melantik perwakilan undang-undang.

Peguam K Sumitha Shaanthinni dan C Selvaraja telah mewakili pemuda 25 tahun itu.

Dalam masa sama Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud berkata Rayhan akan diusir dari negara dan “menyenarai hitam” dia dari memasuki Malaysia pada masa akan datang.

Beberapa NGO kemudian tampil bersuara menegaskan agar Rayhan diadili di mahkamah dan bukannya “dideportasi secara sewenang-wenang” sebelum dibuktikan bersalah.

Keputusan terkini, Rayhan tidak akan didkwa, tetapi tetap dihantar.

Terkini, Md Rayhan Kabir yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan dihantar pulang tanpa sebarang pendakwaan.

Peguam bela Md Rayhan, K Sumitha Shaanthinni dan C Selvaraja dalam kenyataan memaklumkan, lelaki itu akan dihantar pulang sebaik keputusan saringan COVID-19 selesai.

Sumitha berkata, proses penghantaran balik itu termasuk menunggu tiket penerbangan ke Bangladesh tersedia.

Pihak imigresen memutuskan untuk menghantar pulang Rayhan Kabir. Tidak akan pendakwaan dikenakan terhadap anak guam kami.

Dia akan dihantar pulang sebaik keputusan saringan COVlD-19 dilakukannya selesai dan tiket penerbangan tersedia,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, Md Rayhan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, 24 Julai lalu.

Sebelum ini, JIM memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Md Rayhan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown dengan Md Rayhan dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Rayhan mohon maaf

Terdahulu, Rayhan Kabir telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia susulan kenyataan yang dibuatnya dalam dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ terbitan Al Jazeera.

Menurut peguam yang mewakili Md Rayhan, C.R.Selva, permohonan maaf itu disampaikan Md Rayhan kepadanya dalam sesi pertemuan mereka kira-kira sejam di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

” Semasa sesi pertemuan itu, Rayhan meminta saya untuk menyampaikan permohonan maaf beliau kepada semua rakyat Malaysia dan anggota pengkuatkuasa,” katanya.

KREDIT: ASIA KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*