Terkini, RON95 dan RON97 Diturunkan Kepada Harga Ini Berkuatkuasa Tengah Malam Ini

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan, menerusi satu kenyataan pada Jumaat, memaklumkan harga runcit RON95 yang sebelum ini RM1.68 seliter diturunkan kepada RM1.64 seliter sepanjang tempoh berkenaan.

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 4 sen manakala diesel pula turun 1 sen berkuat kuasa 24 hingga 30 Oktober ini.

Sementara itu, harga runcit bagi RON97 diturunkan kepada RM1.94 seliter yang mana sebelum ini RM1.98 seliter.

Kenyataan Kementerian Kewangan pada masa sama mengumumkan harga runcit disel kekal pada paras RM1.74 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan dibuat berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

ā€œKerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,ā€ menurut kenyataan itu lagi.

Sumber : Astro Awani

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*