
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan impak positif wabak Covid-19 di negara ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan perkara tersebut di dalam siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi.
Menerusi PKPB, sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan kecuali perhimpunan besar yang boleh mendatangkan risiko jangkitan covid-19.
Kerajaan Laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ā Muhyiddin Yassin
PERUTUSAN KHAS | Perjalanan rentas sempadan negeri tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah setelah terkandas di kampung. Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.
Video: Ihsan RTM pic.twitter.com/yAQOSqPUzk
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 1, 2020
Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, mengenai kerajaan membenarkan kepada beberapa sektor perniagaan yang bakal dilaksanakan bermula pada 4 Mei 2020 tertaklut pada syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Namun, perniagaan yang melibatkan perhimpunan ramai tetap tidak dibenarkan beroperasi iaitu sepertiĀ bazaar Ramadan dan bazar Aidilfitri.
Bermula 4 Mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Saya katakan hampir semua kerana masih ada kategori dan perniagaan yang masih tidak boleh beroperasi dan ini adalah perniagaan yang melibatkan perhimpunan ramai dan bersentuhan serta penjarakan sosial sukar dikawal.
Antaranya panggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, karnival jualan dan semua bentuk persidangan dan pameran.
Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan tetap terus dilaksanakan di kawasan merah bagi membendung penularan Covid-19.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya hari ini mengumumkan bahawa hampir semua sektor ekonomi akan mula dibuka 4 Mei ini.
āAtas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), berdasarkan datan yang dikumpul, dan amalan terbaik yang ditentukan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan SIP yang ketat.
āBermula 4 mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk syarat dan SOP yang ditetapkan pihak berkuasa,ā katanya.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, masih ada beberapa industri dan perniagaan tertentu tidak dibenarkan beroperasi.
Sukan Tidak Melibatkan Sentuhan Dibenarkan Dengan Syarat Penjarakkan Sosial
Menerusi perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Hari Pekerja, beliau memaklumkan bahawa aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan seperti jogging, berbasikal, golf dibenarkan dengan syarat penjarakkan sosial dan tiada sentuhan badan.
Malaysia Kini / Siakap Keli
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Leave a Reply