Terkini, Tun M Akan Mengadap YDP Agong Lagi sekali Untuk Menjadi PM 9?

Kuala Lumpur – Blogger Pakatan Harapan (PH), Shahbudin Husin mendakwa Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempunyai sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan bagi mengantikan Perikatan Nasional.

Shahbudin berkata demikian melalui catatan di laman Facebooknya.

“Nombor sudah ada, calon PM pun sudah dipersetujui…bye bye Muhyiddin!!!,” tulisnya ringkas.Perkara yang sama turut dibangkit oleh blogger Raja Petra Raja Kamarudin.

Menurut Shahbudin Husin, Tun Mahathir Mohammad telah mempunyai sokongan 129 ahli parlimen dan akan mohon untuk mengadap Agong dalam masa terdekat.

Untuk mempersembahan jumlah sokongan serta memohon untuk mengangkat sumpah sebagai PM ke 9. Anwar akan kekal sebagai bakal perdana menteri,”

Terdahulu Shahbudin turut membayangkan gabungan Mahathir-Anwar hanya menunggu masa untuk mengantikan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pengakuan sokongan mereka itu sudah sedia ada di tangan Tun Mahathir dan Anwar serta hanya menunggu masa, seawalnya dalam Sidang Parlimen 13 Julai nanti untuk ia dibuktikan.

“Awas Muhyiddin, masa kejatuhan kerajaan tebuk atap ini akan tiba tidak lama lagi,” tulisnya.

Kerajaan PH tumbang Februari lalu setelah Mahathir mengumumkan perletakan jawatan sebagai perdana menteri.

Susulan daripada itu Bersatu dan beberapa ahli parlimen PKR pimpinan Azmin Ali mengumumkan keluar daripada PH.

Yang Di Pertuan Agong kemudiannya mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen sebelum berkenan melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri ke 8.

Kerajaan Perikatan Nasional ditubuhkan melalui gabungan Bersatu dengan Barisan Nasional, GPS dan PAS. – SuaraTV
Sumber:C Cinca

Agong Sedih Dr M Letak Jawatan Namun Bertegas Muhyiddin Terima Sokongan Majoriti Sebagai PM

Agong berkata baginda menerima peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dengan perasaan dukacita dan cuba memujuk ahli parlimen Langkawi itu agar mengubah pendirian namun gagal.

Baginda juga bertitah selepas mendapati Muhyiddin Yassin mendapat sokongan majoriti anggota parlimen baginda memilih anggota parlimen Pagoh itu sebagai perdana menteri baru.

TRENDING SANGAT

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

2 Comments

  1. Jgn la huru-hara kan lagi malaysia..
    Yg miskin lagi bertambah miskin,yg kaya lagi bertambah kaya..
    Sudah²la wahai hamba ALLAH bernama MAHATHIR BIN MOHAMMAD..
    Zaman semakin lama semakin berubah,xkan la semua nak dengar cakap anda sahaja..

    Bagi PH pula,cuba la nasib di PRU akan datang..
    2 tahun dahulu parti PH menang dengan cara menipu rakyat.

    Please !!!!!!
    Jgn susahkn rakyat lgi

  2. Gila betui laaa pakatan hancing ni…cukop2 laa madey oiii jgn dok jd barua dap lg laaa tunggu pru 15 laa baru lawan dok kalot nak jd pm lg kaaa ..dah nyanyok dah tuuu…istiqfar banyak2 laaa dlm dok tuhan turun bala ni semua tu dunia jaaa akhirat yg kekal madey oiii……

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*