Terkini, Vaksin Untuk Covid-l9 Pertama di Dunia Mula Dipasarkan Bermula Pada Tarikh Ini

Media antarabangsa melaporkan bahawa Rusia mengumukan telah mendaftarkan vaksin COVID-19, biarpun terdapat gesaan supaya tidak berbuat demikian sehingga ujian klinikal selesai.

Menurut Moscow Times, Presiden Vladimir Putin mengumumkan vaksin berkenaan telah didaftar manakala pengeluaran besar-besaran dijangka bermula pada September ini, diteruskan dengan pemvaksinan berskala besar pada Oktober.

Isnin lalu, Persatuan Organisasi Ujian Klinikal (ACTO) menggesa kerajaan agar menjalankan lebih banyak ujian klinikal sebelum pendaftaran vaksin.

Pun begitu, gesaan itu diketepikan Timbalan Ketua Pengawas Kesihatan, Perkhidmatan Persekutuan untuk Pengawasan dalam Penjagaan Kesihatan (Roszdravnadzor), Valentina Kosenko yang mendakwa vaksin tersebut tidak menyebabkan kesan sampingan yang serius.

“ ACTO terus membuat kesimpulan tanpa mengetahui keputusannya. Ratusan sukarelawan telah divaksin dengan vaksin ini dan tiada reaksi sampingan yang serius,” kata Kosenko seperti dilapor Moscow Times.

Minggu lalu, institut penyelidikan kendalian kerajaan Rusia, Gamaleya dilapor telah menjalankan percubaan fasa ketiga vaksin COVID-19 melibatkan ribuan sukarelawan.

Ketua Jabatan Kawalan Kualiti Roszdravnadzor, Sergei Glagolev pula berkata, pengesahan makmal mengenai vaksin bakal dilaksanakan selepas pendaftaran dan semasa percubaan akhir vaksin berkenaan.

“ Mendaftar ubatan ketika fasa awal kajian klinikal adalah boleh diterima. Skim yang serupa wujud di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat,” kata Glagolev.

“ Ketika pandemik, negara-negara membenarkan (penggunaan) ubat-ubatan tanpa percubaan rawak, tapi ini berbeza dengan vaksin Gamaleya. Dalam kes ini, kita berbicara tentang kemasukan awal (vaksin) ke pasaran di bawah keadaan yang dikawal ketat,” katanya.

Vaksin Gamaleya merupakan vaksin vektor yang dibangunkan menggunakan virus lain untuk membawa DNA yang mengekod tindak balas imun diperlukan ke dalam sel. Ia dilapor dibangunkan menggunakan adenovirus, iaitu kumpulan virus yang menyebabkan beberapa penyakit seperti selesema, sakit tekak dan pneumonia.

Sebelum ini, Rusia dilaporkan menawarkan bekalan vaksin kepada negara Filipina. Tawaran itu kemudiannya dipersetujui Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang menawarkan dirinya sebagai subjek pertama eksperimen di sana.

“ Saya akan sukarela membawanya ke khalayak. Saya akan jadi yang pertama diuji,” katanya seperti dilapor Nikkei Asian Review.

Sumber: Moscow TimesNikkei Asian ReviewAnadolu Agency

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*