Terpalit Isu Rumah Tangga Aliff Aziz, Isteri Alif Satar Memberi Respon Berhubung ‘Gurauan’ Diterima Suaminya Itu

KNTRVERSI rumah tangga pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah turut menjejaskan nama baik penyanyi dan pelakon Alif Satar.

Kecoh di laman sosial semalam apabila penyanyi tinggi lampai, Aliff Aziz didakwa kembali ‘buat perangai’, seperti didedahkan oleh isterinya Bella Astillah.

Nama Alif Satar turut menjadi trending di Twitter apabila netizen seolah-olah membuat jenaka kononnya keliru antara dua penyanyi itu.

Bagaimanapun, isteri Alif Satar iaitu Sha Dila Halid menegur indivdiu terlibat apabila perkara tersebut menimbulkan rasa kurang senangnya.

“Sejujurnya, jenaka mengatakan ia Alif Satar (sedangkan Aliff Aziz) tapi sebenarnya bukan dia, tak kelakar pun. Ia hanya buktikan betapa hambarnya lawak anda.

“Kalau anda berniat nak buat kelakar, anda gagal. Tapi kalau anda nak kelihatan bd0h, tahniah, anda berjaya,” tulisnya di Instagram.

Lawak lama, tak kelakar dah

Nama Alif Satar turut menjadi trending di Twitter apabila netizen mengaitkan dirinya dalam isu Aliff Aziz.

Turut ‘tumpang sekaki’ trending

Setelah kecoh semalam, nama Alif Satar turut diperkatakan netizen sehingga trending di Twitter. Ramai yang secara sengaja atau tidak, masih berseloroh mengenai kedua-dua ‘Alif’ ini.

Selain itu, laman sosial Aliff Satar turut dipenuhi komen-komen yang mengaitkan dirinya dalam situasi dialami Alif Aziz.

Alif Satar dan isterinya kini berada di Brisbane Australia bagi menjalani penggambaran sebuah program.

Alif Satar berkahwin dengan Sha Dila pada 15 September 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Pada Rabu, isteri penyanyi lagu Sayang-Sayang iaitu Bella Astillah mendedahkan suaminya, Aliff Aziz berlaku curang dengan seorang pelakon baharu Oktovia Manrose.

Bella berkata, dia mula mengesyaki perkara itu apabila Aliff mula berkelakuan pelik selain mendapat maklumat daripada sumber di Instagram.

Isteri dakwa Alif curang dan ada hubungan dengan pelakon baharu Oktovia Manrose.

Ia bukan kali pertama Aliff Aziz bersikap sedemikian kerana sebelum ini dia pernah keluar bersama pelakon Afifah Nasir sehingga menjadi kontroversi.

Sementara itu, pelakon Oktovia turut mengakui kesilapannya keluar dengan pelakon tersebut dan meminta maaf kepada Bella.

Sumber : Mstar Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*