Anggota Bomba Dipecat Seramai 35 Orang. Sebabnya Diberitahu

SERAMAI 35 anggota bomba dibuang kerja tahun lalu selepas terbabit dalam pelbagai salah laku, termasuk kegiatan jen4yah.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid, berkata, salah laku lain termasuk penyalahgunaan d4dah, tidak hadir bertugas dalam tempoh lama tanpa alasan munasabah, selain melanggar disiplin serta peraturan jabatan.

Katanya, jumlah mereka yang dibuang kerja menunjukkan trend penurunan dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini.

Beliau berkata, pada 2013 seramai 41 dikenakan tindakan; 2014 (33); 2015 (32); 2016 (44); 2017 (21) dan 2018 (14).

“Bagaimanapun bilangan itu meningkat semula tahun lalu apabila seramai 35 anggota bomba yang dibuang kerja.

“Kita memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang melakukan kesalahan dari segi integriti, produktiviti atau

anggota yang tidak cekap dalam menjalankan tugas.

“Lebih-lebih lagi mereka yang terbabit dalam kegiatan kegan4san, d4dah dan tidak hadir bertugas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPBM Negeri Sembilan 2019, di Seremban, hari ini.

Turut hadir, Pengarah JPBM negeri, Hamdan Ali.

Seramai 88 kakitangan JBPM Negeri Sembilan menerima pingat dan anugerah berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohammad Hamdan berkata, jabatan itu sudah menubuhkan Unit Integriti JBPM yang berperanan memantau sebarang kegiatan salah laku dalam kalangan pegawai dan anggota.

“Bagaimanapun tidak dinafikan, kegiatan mereka di luar waktu bertugas adalah di luar kawalan jabatan ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, JBPM sedang dalam kajian untuk mengenal pasti kawasan baharu di seluruh negara yang berisiko berlaku kebakaran berskala besar berikutan pembangunan pesat.

Katanya, sebanyak RM1 juta diperuntukkan bagi melaksanakan projek berkenaan.

“Kajian itu penting bagi memastikan JBPM boleh membuat perancangan awal dari pelbagai aspek termasuk keperluan keanggotaan, peralatan dan skop operasi bagi menangani setiap kes kebakaran.

“Ini kerana kebakaran berskala besar yang mampu menggugat keselamatan orang ramai boleh berlaku terutama di tapak pelupusan sampah seperti di Semeling, Kedah yang mengambil masa 12 hari untuk dipadamkan.

“Selain itu, kejadian kebakaran sama turut berlaku di Kualiti Alam di Sendayan Negeri Sembilan yang mengambil masa seminggu untuk dipadamkan,” katanya.

Sumber Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*