Thailand Akan Menerima Kunjungan ‘Ribut Tropika Pabuk’ Dan Terkini Tempat Yang Jadi Kegemaran Rakyat Malaysia Ditutup

BANGKOK: Berpuluh ribu pelancong meninggalkan pulau peranginan Thailand termasuk Koh Phangan dan Koh Tao selepas Ribut Tropika Pabuk diramal membadai dengan membawa hujan lebat, angin dan ombak setinggi tujuh meter, kata pihak berkuasa hari ini.

Ribut tropika Pabuk diramal badai Thailand

Sejak semalam, pulau-pulau yang menjadi tumpuan pelancong bersempena cuti Krismas dan Tahun Baru mula dikosongkan susulan perkembangan fenomena itu.

Ribut tropika Pabuk yang pertama kali membadai di luar musim monsun sejak 30 tahun lalu, diramal membadai Koh Phangan, Koh Tao dan Koh Samui malam esok sebelum melalui tanah besar.

Walaupun tiada amaran rasmi dikeluarkan setakat ini, pelancong bertindak meninggalkan pulau peranginan berkenaan kerana tidak mahu mengambil risiko.

Pihak berkuasa di pulau itu berkata mereka menyediakan tempat perlindungan untuk mana-mana pelancong yang mengambil keputusan menunggu sehingga ribu reda.

Pabuk, yang bererti ikan keli gergasi di Laos, juga diramal membawa hujan lebat ke selatan, termasuk kawasan tumpuan pelancong di Laut Andaman seperti Krabi dan wilayah yang bersempadan dengan Malaysia iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala. Sumber Artikel : HMETRO ONLINE

Jalan masuk ke Koh Samui ditutup sepenuhnya

Jalan masuk ke Koh Samui ditutup sepenuhnya

SURAT THANI: Perkhidmatan feri ke dan dari pulau Koh Samui Thailand dihentikan seketika sebagai langkah berjaga-jaga terhadap taufan tropika Pabuk.

Menurut laporan Reuters, Bangkok Airways turut membatalkan semua penerbangan ke dan dari destinasi percutian popular Koh Samui, sekali gus memberi bayangan akan ada pelancong terkandas.

Pabuk dijangka membadai kawasan kepulauan Koh Samui sebelum bergerak ke daratan pada Jumaat dengan membawa angin kencang 65 kilometer sejam serta ombak setinggi 7 meter.

Jabatan Meteorologi Thai memberi amaran hujan lebat berserta angin kencang di beberapa wilayah dijangka berlaku termasuk pulau peranginan popular Samui, Phuket dan Krabi.

Penyedia hotel di kawasan tarikan pelancong juga melaporkan ramai pelancong meninggalkan kepulauan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. Sumber ArtikelAstro Awani

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*