Anwar Dkwa Telah Persembahkan Bukti Sahih. Ini Pula Titah Baginda Dan Nasihat Padu Kepada Anwar

Susulan dari perjumpaan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mengadap Ag0ng hari ini, orang ramai ternanti-nanti apakah kenyataan yang bakal dikeluarkan.

Anwar dalam sidang media sebentar tadi berkata beliau telah mempersembahkan dokumen sahih membuktikan sokongan lebih 120 ahli parlimen buatnya kepada Ag0ng dalam pertemuan pagi tadi.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan oleh pihak istana yang dimuatnaik di Instagram Istana_Negara seakan tidak senada dengan kenyataan Anwar itu.

Berikut kenyataan pihak Istana yang merungkai persoalan ramai.

”Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Ag0ng Al-Sultan Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan menerima mengadap Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Pembangkang, YB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di Istana Negara pada jam 11 pagi tadi.

”Sesi mengadap ini sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 22 September 2020 tetapi ditangguhkan ekoran daripada kegeringan Al-Sultan Abdullah di mana Seri Paduka Baginda telah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara bermula pada 21 September hingga 3 Oktober 2020.

”Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit ini, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengemukakan jumlah Ahli-ahli Dewan Rakyat yang didkwa memberi sokongan kepada beliau.

”Walaubagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukukuhkan dakwaan tersebut.

”Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

”Menyentuh perkembangan semasa wabak COVlD-19 di Malaysia khususnya pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berkuatkuasa esok (14 Oktober 2020), Seri Paduka Baginda menzahirkan kegusaran dan menasihati seluruh rakyat supaya bertenang serta berdisiplin menjaga kesihatan masing-masing dengan mematuhi ketetapan tatacara kebiasaan baharu dan prosedur operasi standard (SOP).

Terdahulu Anwar berkata beliau telah mempersembahkan dokumen sahih membuktikan sokongan lebih 120 ahli parlimen buatnya kepada Agong dalam pertemuan pagi tadi.

”Ia mencecah lebih dari 120 (ahli parlimen).

”Tapi oleh kerana Yang di-Pertuan Ag0ng akan memanggil ketua-ketua parti, maka munasabah untuk kita bersabar, memberi ruang dan wewenang untuk YDPA memutuskan.

”Tak wajar tetapkan masa untuk YDPA memutuskan,” katanya pada sidang media khas sebentar tadi.

Bagaimanapun Anwar beranggapan pentadbiran PN pimpinan Muhyiddin Yassin “sudah jatuh.” Menjelaskan lanjut, kerajaan baru yang bakal diterajuinya “masih tetap majoriti Muslim dan bumiputera.”

”Tapi saya ingin tegaskan bahawa jaminan tentang hak semua warganegara tetap terpelihara,” katanya lagi.

Sumber: IG Istana_Negara via https://www.asiakini.com/2020/10/13/nasihat-ag0ng/

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*