Kelibat Tiada Dalam Sepahtu Reunion, Pak Ya Digam Keluar TV Walaupun Skrip Telah Ditapis?

Selepas berakhirnya program pertandingan lawak Maharajalawak Mega 2019 (MLM) , pihak Astro telah  menggantikannya dengan sebuah sitkom yang sememangnya dinanti setiap penonton Astro.

Sepahtu Reunion Live 2020 adalah satu sitkom yang menampilkan kumpulan pelawak terkenal, Sepahtu dibarisi oleh Jep, Shuib, Pak Ya dan juga Rahim.

Dua minggu Pak Ya tak ada

Mereka dibantu oleh beberapa artis jemputan berlainan bagi setiap minggu bagi menambah seri jalan cerita yang diketengahkan. Rancangan yang bersiaran secara langsung itu kerap mendapat rating tinggi di Astro.

Namun, selepas dua minggu dipentaskan, kelibat Pak Ya tidak kelihatan walaupun sebelum ini dia bersama kumpula Rare (Ajak Shiro dan Ropie) menyertai MLM2019.

Rakaman sitkom pun ditangguhkan

Untuk rakaman Sepahtu Reunion Al-Puasa yang dijadualkan dibuat pada 26 Januari 2020 turut ditangguhkan atas sebab ketiadaaan Pak Ya. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri di Instagram ahli-ahli kumpulan Sepahtu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

Betul ke kena sekat?

Sehubungan dengan itu, menerusi Instagram  Shahrol Shiro yang juga merupakan pelawak terkenal telah memaklumkan satu kenyataan yang didakwa berhubung kait dengan ketiadaan Pak Ya.

Menurutnya, Pak Ya telah digam daripada keluar ke kaca televisyen berikutan tindakannya yang dikatakan menyentuh isu sens1t1f berkaitan ker4j4an.

Memuat naik kembali tweet yang dibuat oleh seorang akt1v1s pemb4ngk4ng, Shahrol dilihat seakan kesal dengan nasib yang menimpa Pak Ya.

Di akhir kenyataannya, Shahrol turut berharap agar pihak-pihak tertentu memberi Pak Ya peluang untuk berkarya dan tidak lagi menindas golongan mereka sesuka hati.

Tak syok Pak Ya tak ada

Sehubungan dengan muat naik Shahrol itu, ramai yang berasa terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan. Mereka tidak menyangka bahawa ketiadaan Pak Ya dalam Sepahtu Reunion ada kena-mengena dengan dialog yang dilontarkan semasa bersaing di MLM2019.

Oleh hal yang demikian, warganet telah menzahirkan rasa kesal dan berharap agar nasib Pak Ya dipertimbangkan kerana dia merupakan watak penting dalam sitkom Sepahtu Reunion itu.

Tak profesional laaa

Orang nak tengok lawak lah

Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi mengesahkan perkara tersebut. Pihak Sepahtu cuma memaklumkan ketiadaan Pak Ya membuatkan urusan rakaman sitkom mereka ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Semoga ada penyelesaian yang boleh memberi peluang kepada Pak Ya untuk terus berkarya di kaca televisyen.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Shahrol Shiro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*