Tengah Elok Duduk Kerusi Belakang Tok Ram, Alyah Tiba Tiba Bangun Tinggalkan Gegar Vaganza

Penyanyi Datin AIyah bengang dengan komen yang ditinggalkan seorang netizen di laman Instagram mempersoalkan tindakannya meninggalkan Konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) ketika program itu masih bersiaran langsung pada malam Ahad.

Menurut AIyah, 38, kehadirannya di konsert minggu kelima itu adalah sebagai memenuhi undangan persembahan dan perlu pulang awal kerana mempunyai tugasan lain yang perlu diselesaikan.

Saya nak tanya awak? Siapa yang lebih bia-dab dan kurang ajr? Orang yang sudah menjalankan kerjanya dan harus meninggalkan majlis kerana harus menghantar anak saudaranya pulang sebab esok sekolah.

”Atau orang seperti awak (yang bia-dab)? sebab membia-dabkan orang tanpa usul periksa, teks (komen) guna akai bukan guna hsad dngki,” katanya.

Penyanyi lagu Jutaan Purnama ini menjawab salah satu komen yang ditinggalkan oleh seorang netizen di laman Instagram miliknya pada Ahad.

AIyah menjawab komen yang ditinggalkan oleh salah seorang netizen di Instagram.

Lelaki tersebut mempersoalkan tindakan AIyah pulang awal dan menyifatkan isteri kepada juri tetap GV6 iaitu Datuk Ramli MS ini sebagai biadab.

”Artis paling bia-dab, orang tengah perform kau elok pula blah (balik) macam itu saja,” tulis netizen berkenaan.

Rata-rata pengikut di Instagram bersetuju dengan jawapan balas AIyah dan berpendapat dia mempunyai alasan tersendiri perlu pulang awal sebelum rancangan itu berakhir.

”AIyah dah jawab di live IG tadi, dia dijemput untuk perform pembukaan GV, tak dijangka host Nabil Ahmad dan Jihan Muse bawa dia ke depan untuk jadi penonton, dalam masa sama anak saudaranya ada tunggu dalam kereta.

Status dan komen balas AIyah kepada warganet tersebut

Nabil dan Jihan mempelawa AIyah duduk di kerusi penonton di belakang juri tetap Ramli MS. Rata-rata netizen turut mengecam tindakan individu terbabit yang tidak beradab.

”Dia profesional (tetap duduk belakang kerusi juri) sepanjang GV6, sebagai isteri mestilah dia tak nak ganggu suami buat kerja.

”Itu pun nak jadi isu, ingat orang lain tak ada kerja ke nak tunggu situ? Bukan sebab dia tak profesional ke apa… malam tu mungkin dia ada hal lain,” komen peminat.

Pada konsert minggu kelima itu, AIyah menjadi artis undangan membuat mempersembahkan pembukaan dengan menyanyikan lagu terbaharunya berjudul Meluruh.

Selesai persembahan, Nabil dan Jihan mempelawa penyanyi ini untuk duduk di kerusi penonton di belakang Ramli MS.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : mstar via malaysia united

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*