Tiba-Tiba Cik B Keluarkan Satu Kenyataan Yang Agak Merisaukan Semua Orang

Usahawan muda terkenal Cik B meluahkan rasa gusarnya apabila terbayang keadaan jika ibunya Datuk Seri Vida (DSV) sudah tiada.

Menerusi laman sosial Twitter, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkongsi kegusaran itu untuk tatapan umum.

“Satu hari nanti, anda terpaksa berdepan dengan kesakitan kehilangan ibu. Ya Allah, panjangkanlah umur ibuku”

“Cik B terpikir macam mana cikb nak terus kan perniagaan mama? Cik B takde ayah. Staff mama ramai camna Cik B nak urus? Produk mama banyak camna Cik B nak jual? Siapa yang akan jaga Cik B? amanah ke mereka?” tulis Cik B menerusi satu kicauan.

Hasil tinjauan di Twitter, ramai wargamaya yang cuba menenangkan Cik B dengan memberikan kata-kata positif.

“Dalam setiap perjalanan dan rintangan ada hikmahnya. Tuhan tak uji selagi belum bersedia,” tulis seorang wargamaya.

“Awak terlalu muda untuk merisaukan soal kehidupan. Tapi okay je kalau kadang-kala terlintas. Buatkan awak lebih sedar dan matang. Tapi jangan biarkan fikiran negatif menguasai awak dan buat awak putus asa. Awak gadis yang kuat, sama macam mak awak,” kata seorang wargamaya.

“Cik B jaga diri baik-baik ya,” pesan seorang wargamaya.

“Cik B boleh cuba untuk mula dari bawah macam jadi staff DSV dan dari situ Cik B boleh belajar dari A sampai Z, sampailah Cik B tahu semua operasi empayar DSV. Mula sebagai staff kemudian baru jadi boss,” cadang seorang wargamaya.

“Yup, hargailah selama mereka masih ada,” ujar seorang wargamaya.

“Sakit kehilangan tu biasa, boleh diubati dengan rasa reda pada takdir dan ketentuan Allah SWT. Sakit kehidupan tanpa orang tersayang ni selamanya paling sakit. Semoga Allah permudahkan urusan Cik B,” luah seorang wargamaya lagi.

Selain Cik B, DSV turut mempunyai seorang anak lelaki Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin, 12, yang lebih dikenali sebagai Kacak.

Sumber : GEMPAK

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*