Saat BerpeIukan Dengan Penyanyi Indonesia, Isteri Tiba Tiba MuncuI Atas Pentas. Penyanyi Malaysia Ini Pucat!

Sila Saksikan Rakaman Video Peserta Malaysia Terkejut Isteri Tiba Tiba Muncul Atas Pentas

Apa agaknya reaksi anda sekiranya isteri tiba-tiba muncul depan mata pada waktu anda sedang berhibur atau berdampingan dengan wanita lain. Pasti riuh dibuatnya!

Begitulah yang berlaku apabila gelagat peserta dari Malaysia, Azmirul Azman terkejut melihat kehadiran isteri di program D’Academy Asia 5, sebuah program nyanyian di negara jiran membuatkan ramai pihak tertawa.

Program D’Academy itu dibawakan oleh Indo Siar pada 21 Disember lalu menjadi tular di laman Twitter, dimuat naik pengguna dylawok.

Melalui rakaman versi penuh berdurasi 5 minit 14 saat di Youtube, Muhammad Azmirul Hafiz Azman, 25, sedang berduet bersama penyanyi Zaskia Gotik membawakan lagu Jangan Tinggalkan Aku yang dipopularkan penyanyi Imam S Arifin.

Sedang kedua-dua mereka asyik menyanyi sambil berpel0kan, tiba-tiba isteri Azmirul tampil dari sisi pentas dalam keadaan tenang sambil tersenyum.

” Jauh-jauh dari Malaysia lihat suaminya seperti itu, ya Allah,” usik salah seorang pengacara program itu.

” Lelaki memang begitu,” sambung pencara tersebut.

” Itu untuk pertandingan, jadi saya menghiburkan semuanya,” kata Azmirul yang juga pemenang tempat ketiga Mentor musim ke-7.

Ketiga-tiga pengacara program kemudian menegur wajah Azmirul yang kelihatan pucat. Azmirul mengakui sememangnya terkejut melihat isterinya.

Sementara isteri Azmirul dilihat hanya tersenyum melihat aksi suaminya itu, namun memahami ianya tidak lebih sekadar gimik atas pentas untuk menghiburkan penonton.

Azmirul Azman berduet dengan penyanyi Indonesia Zaskia Gotik dalam program D’Academy Asia musim kelima. — Paparan video Twitter/dylawok

” Tak tahu nak cakap apa. Lelaki kalau belakang isteri memang macam ni,” kata isterinya, Nur Fatin Farahin Hasanudin ketika ditanya pengacara.

Di pihak pelayar Twitter, selain terhibur ada di antara mereka yang merasa marah dengan tindakan Azmirul itu.

” Siap peIuk pinggang lagi wow kalau aku dekat situ jugak aku smackdown (pukul) haaa,” kata Selenophile.

Ya Allah. Kalau bini tak datang pun, tak keluar televisyen pun tak payah jaga tatasusila ke sebagai seorang muslim?” soal Tokey Sambal Hitam.

Program itu turut menampilkan juri dari Malaysia, Mas Idayu.

D’Academy Asia adalah pertandingan nyanyian dangdut terbesar di Asia, yang disertai peserta dari beberapa negara di Asia, iaitu Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Timor Leste, Thailand dan Filipina.

Program yang memasuki musim ke-5 ini disiarkan secara langsung di Indonesia melalui stesen televisyen Indosiar dan streaming langsung di Vidio.com. Lagu yang akan dinyanyikan oleh peserta dalam pertandingan ini adalah dangdut dan Melayu.

Pemenang pertama dalam pertandingan ini mendapat jumlah tunai sebanyak 250 juta rupiah iaitu kira-kira RM75 ribu, pemenang kedua mendapat hadiah wang tunai sebanyak 150 juta rupiah (RM45 ribu), manakala pemenang ketiga mendapat jumlah tunai sebanyak 100 juta rupiah (RM30 ribu).

Amirul Terciduk Dengan Isteri Daaa

Haha pucat terus muka Amirul, isteri tiba-tiba muncul saat berpelokan dgn penyanyi indonesia

Posted by Madam's Sweet Cake & Cookies on Tuesday, January 7, 2020

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber :projekmm.com

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*