‘Tidak Berniat Untuk Sakitkan Hati Sesiapa Pun’ Ustaz Ebit Liew Mohon Maaf, Dan Luahannya Buat Ramai Sebak

SAYA jahil, tak pandai. Saya bukan ustaz. Saya bukan sesiapa cuma Cina belajar Islam.

Terima kasih semua terlalu ramai guru, keluarga dan sahabat mendoakan dan beri semangat. Allah saja balas semuanya,” kata pendakwah terkenal Ebit Lew.

Demikian kata kata Ustaz Ebit Lew meluahkan isi hatinya di Facebook selepas niatnya membantu golongan kurang berkemampuan disalah ertikan dan dipertikaikan segelintir pihak.

Ebit Lew memohon maaf sekiranya apa dilakukannya mengguris hati orang ramai kerana niatnya hanya ingin membantu.

“Saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun. Saya mohon maaf pada semua ya.

“Doakan terlalu ramai lagi orang memerlukan bantuan dan sokongan.

“Bagaimana kita boleh lena sedangkan ada orang tidak dapat tidur lena kerana nasib mereka dengan kita tak sama.

“Walau memberi minum pada kucing atau anjing sedikit pun (tetap) dipandang Allah. Walau kita tak dapat bantu mereka semua, kita buatlah apa yang kita termampu,” katanya.

Katanya, janganlah menuding jari kerana setiap orang bertanggungjawab atas diri sendiri.

“Belajarlah melihat dengan cinta. Mendengar dengan cinta. Melalui hidup dengan cinta.

“Janganlah menyalahkan sesiapa kerana setiap kita bertanggungjawab atas diri kita dan masyarakat kita di depan Allah nanti.

“Semuanya hingga satu hari nanti kita mendapat redaNya. Reda Allah segala-galanya. Usahlah takut kejian atau penghinaan orang tapi yang paling menakutkan kemurkaan Allah,” katanya.

Meskipun sedar semakin hebat dugaan melanda, namun dia berharap bakti ditaburkannya itu dapat dilakukan berterusan hingga akhir hayatnya.

“Dah berlalu bertahun dalam kerja khidmat dan berkongsi kasih sayang sejak kecil.

“Entah berapa hari lagi yang tinggal. Biarlah baki hidup ini dalam kebaikan.

“Jika Allah takdirkan walau berapa waktu yang tinggal. Masa tu sangat sekejap berlalu. Sedangkan banyak kerja dan amanah yang terlalu jauh dari sempurna,” katanya.

Dalam hantaran sama pendakwah itu sempat mengenang nasihat arwah ibunya selain menyatakan kerinduan terhadap keluarganya yang berada di Kuala Lumpur.

“Penat sangat rasa. Tapi bahagia sangat. Syukur pada Allah. Teringat mak dulu senyum bagi nasihat. Tak apa orang buat kita. Jangan kita buat orang.

“Selalu maafkan orang lain dan doakan semua orang bahagia dan masuk syurga. Kita hidup untuk Allah sayang.

“Jika ada kebaikan yang Allah terima, saya hadiahkan buat arwah mak saya. Rindu bidadari dan anak-anak. Rindu ayah di kampung. Nak balik KL (Kuala Lumpur) cepat lepas selesai semuanya,” katanya.

Ebit Lew memang terkenal dengan sikap pemurahnya membantu orang susah dan golongan memerlukan serta dilihat semakin aktif ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun tindakan mulianya itu kurang disenangi segelintir pihak yang mengecam termasuk mengaitkan status dimuat naik seorang pendakwah bebas.

Kelmarin, meskipun tidak memetik mana-mana nama, namun kenyataan Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary menarik perhatian kerana mempertikaikan tindakan segelintir individu yang menularkan gambar dan video orang miskin di media sosial.

Aktivis Persatuan Ahli Sunnah Waljamaah (AWSJ) itu mendakwa perbuatan berkenaan boleh mendatangkan aib dan haram di sisi Islam.

HMETRO

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*