Tidak Dapat Masuk Masjid Untuk Solat Jumaat. Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Bila Kena Suruh Pulang

RAMAI jemaah hadir mencuba nasib menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan tambahan 40 jemaah mulai hari ini.

Namun, tambahan 40 jemaah itu tertakluk pada terma iaitu individu yang membuat permohonan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau yang mendapat kad jemputan dibenarkan berbuat demikian.

Tinjauan mendapati jemaah mula tiba seawal jam 12 tengah hari bagaimanapun, kebanyakan diarahkan pulang selepas gagal menunjukkan kad jemputan.

Antara yang dilihat memasuki masjid itu adalah Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid; Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir; Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Mohammad Adib Husain dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid tiba di Masjid Negeri untuk solat Jumaat.NSTP/NORZAMIRA CHE NOH

Hanya satu pintu masuk dan keluar saja dibuka untuk jemaah jemputan.

Sementara itu, terdapat segelintir yang tidak berpuas hati apabila anggota penguat kuasa JAIS bertugas tidak membenarkan mereka masuk bagaimanapun selepas dijelaskan, mereka faham dan segera beredar.

Jemaah dari Bukit Kuda Klang, Ahmad Zamri Mat Said, 49, berkata, dia teruja ke masjid hari ini selepas hampir tiga bulan tidak dapat menunaikan solat Jumaat.

Solat Jumaat di Masjid Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah

Solat Jumaat di Shah Alam..Hanya 40 penama yang mendapat kad sahaja dibenarkan masuk..Kawalan diperketat di pintu masuk.Credit : Aquaticman Longman Jr.

Posted by Komuniti Kuala Langat on Thursday, June 11, 2020

“Hari ini saya datang awal sedikit daripada sebelum ini tetapi sebaik sampai, saya diberitahu bahawa hanya yang mendapat kad atau memohon dengan JAIS saja yang dibenarkan masuk.

“Mungkin saya tidak peka dengan perkara berkenaan kerana terlalu teruja untuk solat pada hari ini. Saya akan membuat permohonan untuk solat pada minggu hadapan,” katanya.

Seorang lagi jemaah, Mohd Zainie Faizal, 29, berkata, dia yang datang dari Seksyen 13 agak kecewa apabila tidak dibenarkan masuk ke masjid.

“Saya bersyukur apabila bilangan jemaah bertambah bagaimanapun, saya tidak peka dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan untuk solat Jumaat ini. Walaupun kecewa tapi saya akur dengan SOP berkenaan,” katanya.

HMETRO ONLINE, teh o ais media

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*