“Saya Tak Layak Jadi Idola, Sebagai Muslim Hanya Baginda Nabi Muhammad Sahaja Layak Jadi Ikutan” – Khabib

Umum telah mengetahui bahawa petarung UFC Khabib Nurmagumedov adalah seorang yang berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Pasti ramai diantara kita yang menjadikan Khabib Nurmagomedov sebagai idola selepas beliau telah berjaya menumpaskan seorang lagi bintang UFC terkenal iaitu Conor McGregor dalam satu perlawanan yang menyaksikan petarung dari Ireland itu terpaksa menyerah kalah akibat di ‘kunci’ oleh Khabib.

Walaupun begitu, menerusi satu muatan yang dikongsi oleh Khabib di akaun Instagram rasminya, dia telah meminta kepada semua peminatnya untuk tidak menjadikannya idola dalam hidup mereka.

Petarung yang berasal dari Rusia itu menjelaskan bahawa, beliau sebenarnya tidak layak untuk dijadikan idola dan menyeru kepada semua orang agar menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola dalam hidup mereka.

“ Saya bukanlah orang yang layak untuk dijadikan idola, dan saya juga tidak mahu dijadikan idola oleh manusia lain.

“ Saya percaya bahawa bukan saya sahaja, atau petarung lain, mahu pun mana-mana selebriti secara amnya berhak untuk dijadikan contoh untuk diikuti.

“ Saya seorang MusIim, dan sebagai seorang penganut agama Islam yang percaya dengan agama saya, kami mempunyai seorang contoh untuk diikuti, baginda adalah pesuruh Allah S.W.T yang bernama Muhammad S.A.W,” tulisnya dalam gambar yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Ketegasan pemegang gelaran juara bagi kategori Lightweight dalam soal agama boleh dilihat menerusi sidang media yang dilakukan sebelum perlawanannya menentang Conor McGregor dilangsungkan.

Pemegang gelaran juara kategori Lightweight yang dikenali dengan ketegasan dalam menjaga hukum hakam agama juga boleh dilihat ketika Conor McGregor menghulurkan kepadanya secawan ar4k dengan niat untuk memberi pr0v0kas1 kepada Khabib.

Namun begitu, Khabib dengan tenang menjawab kepadanya:

“Terima kasih saja, saya tak minum ar4k, dan saya tidak pernah minum air itu dalam hidup saya”.

Hasil daripada didikan agama yang diajar oleh bapanya sejak kecil telah membuatkan dia menjadi begitu teg4s berkenaan dengan agama Islam pada hari ini sehinggakan ramai orang mengidolakannya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: SiakapKeli

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*