Tidak Sanggup Lihat Najib Razak Kecil Hati, Khalid Terpaksa Balas Balik ‘TroII’

WAWANCARA | Perdebatan dan saling perIi-memerIi di media sosiaI antara bekas perdana menteri Najib Razak dan Anggota Parlimen Shah Alam dilihat bagai tiada pengakhiran.

Jelas Khalid, dia tidak tahu menahu mengapa Najib menjadikannya sasaran sindiran atau ‘troII’ di media sosial.

Malah Khalid berkata, dia sekadar membalas balik di akaun media sosiaInya pula demi menjaga hati bekas perdana menteri itu.

“ Soal Najib troII saya itu, pasal dia tak ada kerja dah, so saya tak boleh halang dia

“ Sekali- sekala bila dia (Najib) troII itu saya jawab balik kalau kita tak jawab dia keciI hati pula,” katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini hari ini.

Najib dan Khalid turut dilihat kerap menggunakan singkatan ‘Jib’ dan ‘Lid’ ketika saling membalas di media sosiaI.

Terbaru, kedua-dua pihak itu dilihat saling menyalahkan antara satu sama lain mengenai siapa yang bertanggungjawab terhadap penyebaran wabak Covld-19 yang semakin buruk di negara ini.

Sementara itu, bekas menteri wilayah persekutuan itu turut menambah media sosial merupakan satu platform yang paling berpengaruh pada ketika ini, termasuk bagi ahli politik.

“ (Ahli politik boleh) menyampaikan satu mesej kepada rakyat khususnya pembaca dan pengikut media sosial bahawa kita ini ada satu perjuangan dan satu pendirian dan satu sikap yang kita nak perjuangkan.

“ Kita nak masyarakat memahami dan menyokongnya,” katanya lagi.

KREDIT: MALAYSIAKINI / JIRANCAKAP

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Artikel dan penulisan di dalam ini juga tidak melambangkan pendapat peribadi pihak kami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*