Tiga Beradik Le-mas Di Terengganu. Ini Luahan Bapa Yang Buat Ramai Sebak. Alfatihah

“SEJAK bekerja membawa kenderaan jnzah, saya sudah menghantar hampir 40 jnzah ke tanah perku-buran tetapi kali ini saya tidak ada daya untuk berbuat demikian… semangat saya menjadi lemah,” kata Mohd Ismail, 64, bapa kepada tiga beradik yang le-mas di Sungai Terengganu, dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, semalam.

Mohd berkata, dia berasa sebak apabila melihat tiga keranda di ruang tamu rumah dan tidak berupaya untuk membawa sendiri jnzah anak ke tanah perku-buran.

Dia bagaimanapun tetap reda dengan pemergian mengejut ketiga-tiga anak dan bersyukur kerana usaha pasukan keselamatan mencari myat ketiga-tiga mereka selesai dalam masa yang singkat.

“Saya reda kerana orang kata ma-ti le-mas jadi syahid dan hadiah untuk mak ayah. Sebalik yang buruk ada baiknya,” katanya.

Myat Umar Iskandar, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16, ditemui antara jam 9.50 pagi hingga 12.40 tengah hari.

Mohd yang juga pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Berang berkata, tiga anak terbabit menjadi harapan keluarga dan anak yang baik serta bertanggungjawab.

Menurutnya, Allahyrham Umar yang menuntut di Universiti Malaya (UM) bercita-cita menjadi pakar matematik, Allahyrham Khalif Naim pula belajar di Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang mahu menjadi kadi, bagaimanapun Allahyrham Khairil Firdaus tidak berkongsi cita-citanya.

“Saya nampak kesungguhan mereka belajar dan saya selalu mengingatkan mereka supaya belajar bersungguh-sungguh kerana kita orang susah,” katanya yang menjadi pemandu kereta jnzah dan pengurusan masjid sejak menamatkan perkhidmatan dengan TNB kira-kira empat tahun lalu.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberi bantuan kewangan dan semangat serta pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus sepanjang operasi.

Jnzah tiga beradik itu selamat tiba di pekarangan rumah keluarganya pada 4 petang hari ini.

Jnzah disembahyangkan di rumah keluarganya sebelum dibawa ke Tanah Perku-buran Islam Alor Limbat, Rawai, Bukit Payung di Marang untuk dikebumikan dalam satu liang lahad berhampiran pusara ibu mereka.

MyMetro via Khalifah Media Network

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*