Tiga Bulan Tiada Pendapatan, Dua Rumah Sewa, 7 Anak Nak Kena Tanggung Dan Sekarang Izam EYE Terlantar

KUALA LUMPUR: Biarpun vokalis kumpulan EYE, Izam, 52, menderiita penyakt lmpuh separuh badan sejak hampir setahun lalu, semangatnya masih kuat untuk berjuang.

Tiada keupayaan pada diri tidak sesekali membuatkannya putus asa dalam mencari sesuap rezeki bagi menanggung dua isteri dan tujuh cahaya mata.

Selepas diseraang angn ahmr pada Jun tahun lalu, bekas penyanyi kumpulan EYE iaitu Izam mengakui kehidupannya semakin sukar disebabkan terputus punca pendapatan.

Menurut Izam atau nama sebenarnya Mohd Izam Arshad, 52, dia sangat memerlukan bntuan dari segi makanan, barangan keperluan dan perbelanjaan untuk rwatan serta ubt-ubtan.

Bagaimanapun, Izam meluahkan rasa syukur kerana menerima sumbangan daripada beberapa pihak antaranya penyanyi Nash Lefthanded.

“Sebelum ini, ada la income daripada show dan perniagaan minyak wangi. Sekarang ini pendapatan saya memang dah tak ada sejak kena serangan angn ahmr Jun tahun lalu.

“Dua rumah sewa nak kena bayar, anak saya ada tujuh orang nak kena tanggung, memang pening kepala memikirkannya. Saya pun dah tiga bulan terpaksa berhenti buat rwatan.

“Duit simpanan saya pun hampir nak habis sebab banyak guna beli barangan keperluan. Jadi, saya memang mengharapkan smbangan daripada orang ramai.

“Tapi saya bersyukur ada yang memberi bantuan antara Nash. Sebenarnya ramai orang tak tahu keadaan saya sebab tak heboh kepada umum,” katanya kepada mStar.

zam mempunyai dua orang isteri iaitu Hayatie Rahmat dan Rosmawati serta dikurniakan tujuh anak.

Menerusi laporan mStar pada 25 Jun lalu, Izam dikejarkan ke Hosptal Serdang akibat seraangan angn ahmr selepas pulang dari Kuantan, Pahang.

Izam dikatakan berada dalam keadaan lemah dan rebah di ruang tamu kediamannya selepas mengalami kebas-kebas pada bahagian badan.

Dalam pada itu, Izam memberitahu biarpun keadaannya semakin beransur pulih dan tidak lagi memerlukan kerusi roda namun pergerakannya masih terbatas.

“Alhamdulillah, keadaan saya bertambah baik dan sekarang ini bukan tak sihat tapi kurang sihat. Kerusi roda pun hanya untuk standby sahaja tapi badan tak berapa kuat.

“Kalau sebelum ini saya hanya terbaring saja tapi sekarang dah boleh berjalan. Cuma, kaki kanan dan tangan saya tak kuat.

“Saya tak nak layan sakit, kena cuba kuatkan diri. Selalunya orang kata akan baik dalam lima atau enam bulan tapi hakikatnya sampai masih belum baik,” ujarnya.

MSTAR ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*