‘Tiga Kali Ibu Nya Soal, Betul ke Kakak Yg Buat, Ini Jawapan Diberikan Svspek’ – Ibu Sangat Yakin Anak Tidak Salah Wlaupun Satu Dunia Ckap Svspek Yang Bersalah

HULU TERENGGANU – “Saya akan terus berdoa kakak tidak salah dan naluri ibu tetap menyatakan kakak tidak salah walaupun satu dunia kata dia salah” demikian luah ibu kepada svspek bunohh Siti NurSurya Ismail, 19, yang ditemui maati dengan kesan teta-kan di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu Ahad lalu.

Ibu kepada dua anak ini berkata, anak sulung yang mesra dipanggil kakak merupakan anak harapannya dan sangat memahami kemiskinan hidup yang dihadapi mereka sekeluarga selama ini.

Beliau yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, kakak memang anak yang sangat baik kerana dia tidak pernah merungut dengan kemiskinan mereka meskipun pernah terpaksa tangguhkan bayaran duit yuran sekolahnya kerana tidak ada duit.

“Kakak juga pernah menolak beberapa tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana kami tidak ada duit tetapi dia tidak pernah tunjuk tanda-tanda pr0tes malah kakak pula pujuk saya, supaya jangan rasa bersalah dengan keputusan dibuatnya.

“Dia juga tidak kisah kalau terpaksa memakai baju sekolah terpakai yang disedekahkan orang ramai dan pakaian harian yang dipakainya hari-hari pula kebanyakan baju dan tudung yang disedekahkan kepada kami. Dia tidak malu walaupun mengenakan pakaian sama sahaja,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.

Menurutnya, kakak yang bercita-cita menjadi guru selalu memberi semangat kepadanya agar sentiasa kuat untuk meneruskan kehidupan yang serba kekurangan selain memberi semangat kepadanya dengan berjanji yang dia akan berusaha membela nasib keluarga.

Ketika diminta menceritakan bagaimana anaknya mengambil keputusan tampil ke balai polis, dia berkata, keputusan itu bukan disebabkan dia yang memujuk tetapi anak perempuannya sendiri yang mengajak ke sana.

“Saya masih ingat lagi lepas solat subuh (Isnin) iaitu kira-kira jam 6.30 petang, kakak dah tunggu dekat ruang tamu dan lepas nampak saya siap solat, terus dia bagi tahu nak ke balai polis.

“Dia yang ajak saya tapi masa tu saya tak terfikir apa pun dan menurut sahaja ajakannya tetapi beberapa minit selepas berjumpa dengan polis, saya diberitahu yang kakak terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut.

“Memang agak terkejut selepas dimaklumkan, saya terus bertanyakan kakak sepanjang menemaninya di balai polis sebanyak tiga kali, adakah betul kakak yang buat, tapi dia jawab tak buat dan saya tahu dia tidak menipu,” katanya lagi.

Sementara itu, jiran terdekat mereka, Mohd Sabri Mohd, 52 berkata, dia sangat mengenali remaja berusia 19 tahun itu kerana membesar di hadapannya dan dia memang yakin kakak seorang anak baik.

“Kakak bukan seorang anak remaja yang liar dan dia budak baik, dari segi pelajaran pula saya dimaklumkan memang dia seorang pelajar pintar.

“Keluarga kakak pula walaupun susah tetapi mereka tidak pernah menyusahkan jiran tetangga dan baik dengan semua orang.

“Jadi, saya sebagai jiran yang sangat mengenalinya menganggap tohmahan netizen di laman sosial sangat melampau yang mengaitkan kemiskinan keluarga mereka antara faktor tindakan kakak,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mengharapkan orang ramai agar tidak menyebarkan fltnah terhadap keluarga mereka dan biarlah pihak berkuasa yang menjalankan tugas menyiasat.

“Jangan terus menghukom keluarga mereka kerana sehingga sekarang kakak masih tidak dibuktikan bersalah lagi,” katanya.

Kredit : Sinar Via Two E-kesah

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*