Tiga Tahun Bertugas Sebagai Guru Penyelaras Tahun Satu, Guru Wanita Kacukan Arab Dan Siam Curi Tumpuan Ibu Bapa Dan Murid

Nor Shahifa memberikan buku latihan Bahasa Inggeris kepada murid tahun satu, sewaktu sesi pembelajaran bermula.

KUANTAN: Guru wanita berdarah kacukan Arab dan Siam di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Isap, di sini, mencuri tumpuan apabila wajah ayu dimiliki membuatkannya mudah didekati terutama murid Tahun Satu.

Nor Shahifa Norlan, 26, dari Kota Bharu, Kelantan, berkata beliau dipertanggungjawab sebagai guru penyelaras Tahun Satu dan mengakui sedikit sibuk pada hari pertama pendaftaran persekolahan.

“Sudah tiga tahun saya bertanggung jawab menguruskan murid yang baharu memasuki alam persekolahan dan ia sedikit mencabar kerana mereka memerlukan perhatian khusus.

Nor Shahifa memberikan buku latihan Bahasa Inggeris kepada murid tahun satu, sewaktu sesi pembelajaran bermula.

“Namun, saya tetap gembira melayan telatah mereka dan cuba yang terbaik untuk menguruskan mereka terutama pada hari pertama persekolahan,” katanya ketika ditemui di SK Sungai Isap, di sini, hari ini.

Lebih mesra disapa Mis Ifa, beliau yang berpengalaman selama tiga tahun dalam dunia pendidikan mengakui tugas hakiki sebagai seorang pendidik hari ini memerlukan mereka untuk pandai berkomunikasi dengan baik.

Malah ada segelintir murid, tidak berkelip memandang guru terbabit yang sibuk mengajar dan memberikan buku latihan kepada mereka.

Lebih mesra disapa Miss Ifa, beliau memakai baju kurung merah jambu dan mengenakan solekan sederhana menyerlah lagi penampilannya sebagai wanita Muslimah dan juga seorang guru sewaktu sesi pembelajaran bermula.

Katanya, cabaran menguruskan murid terutama Tahun Satu memerlukan kesabaran tinggi selain kemahiran psikologi untuk memastikan mereka terus kekal mengikuti arahan yang diberikan.

“Profesion guru semakin hari semakin mencabar namun kami perlu tempuhi bagi memastikan generasi muda mendapat pendidikan yang berkualiti,” katanya yang mengajar Bahasa Inggeris.

“Terus terang saya cakap.. banyak cabarannya antaranya menguruskan murid terutama tahun satu. Nak urus mereka memerlukan kesabaran tinggi.

“Selain itu, kemahiran psikologi untuk memastikan mereka terus kekal mengikuti arahan yang diberikan,” katanya.

“Jadi kami perlu tempuhi bagi memastikan generasi muda mendapat pendidikan yang berkualiti,” katanya.

Beliau memaklumkan seramai 187 murid Tahun Satu didaftarkan di SK Sungai Isap, hari ini, dengan pecahan 107 murid perempuan dan 80 murid lelaki.

Sumber : Berita Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*