Tindakan Usir Pelarian Rohngya Tidak Sepatutnya Berlaku – DS Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR — Isu membabitkan pelarian Rohingya yang cuba memasuki negara ini perlu ditangani sebaik mungkin.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan mengusir pelarian Rohingya tidak sepatutnya berlaku walaupun ia bertentangan dengan undang-undang negara ini.

Jelasnya, apa yang dihadapi etnik Rohingya adalah melibatkan isu kemanusiaan yang harus dipikul bersama masyarakat antarabangsa.

“Kita tidak boleh biar orang tenggelam, mati dan tambah pula dia itu jadi mangsa kezaliman. Dia lari sebab didera di negeri sendiri.

“Saya harap kerajaan menjaga dalam bentuk kawalan yang terhad tetapi tidak mengusir sehingga mereka tenggelam atau tidak membiarkan mereka dalam keadaan kelaparan,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial.

Sebelum ini, media melaporkan lebih 382 warga Rohingya berdepan kebuluran dengan 50 daripadanya maut ketika cuba memasuki perairan negara.

Pasukan keselamatan yang bertembung dengan kumpulan itu kemudian menghulurkan bantuan makanan sebelum bertindak mengusir bot yang dinaiki mereka.

Terdahulu, Anwar mengingatkan kerajaan agar meningkatkan kawalan kesihatan terhadap pekerja warga asing di negara ini.

Mengambil contoh negara jiran Singapura yang mencatatkan bilangan tinggi jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja asing, Anwar berkata golongan tersebut di negara ini harus dikawal selia sebaik mungkin.

“Jadi kelompok-kelompok (warga asing) ini kadang-kadang duduk di kawasan sesak seperti di Singapura yang menyebabkan terjangkit positif Covid-19.

“Jadi ini kerajaan harus tangani segera untuk mempastikan rakyat terkawal,” katanya lagi.

Anwar Ibrahim: Tangani isu Rohingya dengan penuh kemanusiaan (VIDEO)

Isu Rohingya dan Kemanusiaan

Saya respon tentang isu pelarian Rohingya dan pekerja asing. Meski hujah-hujah yang berlegar antaranya lebih kepada berunsur kebencian, maka hilang sikap belas dan hancurlah kemanusiaan.

Posted by Anwar Ibrahim on Thursday, April 23, 2020

ProjekMM

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

1 Comment

  1. Sebab tu lah orang tak suka anda jadi PM, sampai puak puak ni kurang ajar masih nak sokong lagi Rohingya duduk Malaysia #Halau keluar dari MALAYSIA dengan segera termasuk warga cina yang beli I/C

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*