TMJ Luah Sesuatu Tentang Pasukan Bola Sepakan Di Malaysia Bila Melibatkan Wang

Video Disediakan Di bawah

Tunku Mahkota Johor (TMJ) menonjolkan sifatnya yang lebih terbuka dan berseloroh dalam satu video yang dimuat naik ke laman Instagram HRHCrownPrinceofJohor

Di Malaysia, pasukan pasukan bolasepak lebih sanggup membeli pemain import dengan harga yang tinggi berbanding dengan memperbaiki dan menstukturkan semula pengurusan pasukan. Ini sebenarnya punca sesetengah kelab / pasukan hanya mampu gah semusim dua dan selepas itu mulalah timbul isu tunggakkan gaji pemain/jurulatih dan penaja tidak menunjukkan minat untuk menaja lagi.

Tidak hairanlah sekarang Malaysia merupakan diantara negara yang teratas yang selalu mendapat laporan tunggakan gaji pemain / jurulatih . 

repost dari instagram @hrhcrownprinceofjohor

Sumber : JOHORean

SEDIKIT NASIHAT DARI DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA PASUKAN PASUKAN DI MALAYSIA.

SEDIKIT NASIHAT DARI DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA PASUKAN PASUKAN DI MALAYSIA. Di Malaysia, pasukan pasukan bolasepak lebih sanggup membeli pemain import dengan harga yang tinggi berbanding dengan memperbaiki dan menstukturkan semula pengurusan pasukan. Ini sebenarnya punca sesetengah kelab / pasukan hanya mampu gah semusim dua dan selepas itu mulalah timbul isu tunggakkan gaji pemain/jurulatih dan penaja tidak menunjukkan minat untuk menaja lagi. Tidak hairanlah sekarang Malaysia merupakan diantara negara yang teratas yang selalu mendapat laporan tunggakan gaji pemain / jurulatih . repost dari instagram @hrhcrownprinceofjohor#Psj#PenyokongSukanJohor#KamiTakRamai#TapiKamiTetapAda

Posted by JOHORean Sport Team on Tuesday, January 22, 2019

TMJ Kagum

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim melahirkan rasa kagum terhadap fasiliti-fasiliti yang disajikan oleh pasukan berpengkalan di Bangkok, Army United FC.

Walaupun bermain di kancah divisyen dua, Thai League 2, itu tidak menghalang pasukan tentera ini mempunyai beberapa kemudahan seperti pancuran air untuk menyiram rumput, tempat duduk tunggal untuk penonton dan beberapa perkaran lagi.

Baginda meluahkan kekaguman tersebut melalui laman sosial instagram @hrhcrownprinceofjohor ketika menonton aksi latihan pasukanya yang sedang menjalani persiapan pramusim di Thailand.

“Saya berada di tempat latihan Army (Army United FC) dan saya sangat kagum bila melihat ini (teknologi pancuran air untuk padang rumput). Mereka bukannya kelab besar dan biasanya akan mengakhiri saingan di kelompok tengah liga. Mereka juga tiada bajet yang besar.

“Kali terakhir saya di sini, stadium ini hanya ada konkrit, tetapi sekarang mereka sudah mula meletakkan kerusi. Mentaliti yang mereka ada sangat saya hormati.

“Di Malaysia bila ada bajet kita berbelanja kepada pemain import, tetapi di sini mereka berbelanja untuk mendapatkan jurulatih import untuk mengajar perkara asas bola sepak dan pada masa yang sama, menaik taraf fasiliti bola sepak mereka.” puji baginda melalui video pendek yang dimuat naik.

Mengambil inspirasi daripada kegigihan pasukan yang bersaing di divisyen dua Thai tersebut, TMJ memasang niat untuk membawa dan menerapkan mentaliti sedemikian kepada pengurusan-pengurusan bola sepak di tanah air.

Sumber: Foxsports

“Saya beri kredit dan sangat hormat kepada Army dan kelab-kelab lain di Thailand yang menggunakan wang di tempat yang sepatutnya. Saya hormat dan banyak belajar daripada anda.

“Saya harap suatu hari nanti negara saya akan mengikuti jejak yang sama dan ada mentaliti yang sama iaitu menggunakan wang di tempat yang betul bila melibatkan bola sepak.” tambah baginda lagi.

Foto Kredit: Army Utd Fanclub

Artikel Kredit : Satu Johor

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*