TMJ Mempersoal Tindakan Dr Xavier Jayakumar Isu Pulau Kukup Yang Sepatutnya Sudah Selesai

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan tindakan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar yang menurutnya melibatkan Pemangku Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah dalam isu status Pulau Kukup.

Ia susulan kenyataan Xavier hari ini bahawa Sultan Nazrin telah menyatakanĀ sokonganĀ ke atas pendirian kerajaan persekutuan agar status Pulau Kukup kekal sebagai Taman Negara ketika Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menghadapnya 12 Disember lalu.

Menerusi Twitter, Tunku Ismail berkata Sultan Nazrin Shah tidak berkata apa-apa tentang perkara itu.

“Yang kedua, mengapa libatkan (pemangku) Agong? Apa yang anda cuba lakukan? Isu ini sudah selesai.

“Ketiga, perdana menteri kecewa kerana nampaknya beliau menerima makluman daripada beberapa orang di sekelilingnya bahawa keluarga diraja Johor akan membangunkan pulau itu,” ciapnya.

Dalam ciapan seterusnya, Tunku Ismail menggesa kerajaan “berhenti berkempen” memandangkan PRU sudah selesai.

“Sekarang masa untuk menjalankan tugas. Jangan cuba alihkan perhatian…cuba menggunakan isu lain sebagai helah. Fokus kepada kemajuan negara.”

Dalam kenyataan hari ini, Xavier juga berkata kerajaan persekutuan berhak untuk mengambil berat dalam isu tersebut dan penukaran status Pulau Kukup – kepada tanah kesultanan – boleh memberi kesan kepada reputasi negara dalam soal pengurusan kawasan berkepentingan antarabangsa.

Menurut Enakmen Tanah Kesultanan, mana-mana tanah yang diwarta di bawahnya menjadi milik sultan.

Pada 12 Disember lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi jaminan status Pulau Kukup kekal sebagai Taman Negara Johor walaupun dimasukkan ke Jadual ke II enakmen itu.

Bagaimanapun peguam N Surendran berkata undang-undang Taman Negara Johor manyatakan hanya tanah milik kerajaan negeri boleh diwartakan sebagai Taman Negara.

Justeru, katanya lagi, satu-satunya cara untuk mewartakan semula pulau itu adalah dengan kerajaan Johor sekali lagi menjadi pemiliknya.

First of all Acting Agong did not say anything. 2nd why involve Agong? What are you trying to do? This issue is settled. 3rd the Prime Minister was upset because apparently he was told by few people around him that the Johor Royal family is going to develop the island.

Beberapa Komen Dari Netizen

Pls remind us once again what is the advantage of the trf of Pulau Kukup to Johor Sultanate that it did not have previously, especially as we understand, State funds will continue to be consumed in maintaining it?

Good explanation,Tapi peliknya tiada sebarang Surat Rasmi yang mengandungi intipati seperti yg disebut oleh saudara dari kerabat diraja Johor.Bagi pengetahuan saya,Sepatutnya harus keluarkan surat kepada Kerajaan Persekutuan Dan menerusi perbincangan serta persetujuan.

Tetapi sehingga KINI,Saya hanya melihat dari segi Tweet oleh TMJ Dan Verbal point forms . Jadi bolehlah kita lebih memahami sekiranya keluar Surat rasmi yang menerangkan Cadangan ikhlas Kerabat Johor. Sila betulkan saya sekiranya salah kekurangan Info.Tq

Sumber : Malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*