TMJ Sindir Kerajaan Pakatan Tentang Sesuatu Selepas Balik Dari Bercuti. Dan Ini Respond Ahli Parlimen Alor Setar

KUALA LUMPUR – Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail bertindak memerli kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengenai isu tol di negara ini.

Menerui Twitternya, Tunku Ismail yang mesra dikenali TMJ membuat ciapan perlian ‘terkejut’ kerana Malaysia masih lagi mempunyai tol selepas beliau pulang dari bercuti di luar negara.

”Pergi bercuti berbulan-bulan. Balik, ingat tol dah tak ada. Masih ada lagi,” kata TMJ.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kerajaan PH membuat manifesto berjanji akan menghapuskan tol di seluruh negeri di Malaysia berikutan kadar tol yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu sangat membebankan rakyat.

Komen Netizen Dari Status TMJ Di Twitter :

oleGunnaRahman Hmm, asalkan najib jatuh. Zikir harian penganut politik sekarang

Syahid Nurul Naim Untung la boleh cuti berbulan-bulan walaupun tak bekerja

ALIF nganjing tahap dewa

Janji tersebut diuar-uarkan bagi meraih sokongan rakyat dalam PRU14.

Namun, janji penghapusan tol tidak dilaksanakan oleh PH atas alasan kerajaan menanggung hutang dan beban yang tinggi.

Bahkan, janji penghapusan tol telah ditolak ke tepi dan kajian masih lagi dibuat sama ada berbaloi atau tidak tol dihapuskan.

Ciapan TMJ itu menerima balasan dari netizen yang mengatakan janji tersebut hanyalah kosong sahaja asalkan PH dapat menjatuhkan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ada juga yang membalas mengatakan perlian dari TMJ itu adalah perlian yang sangat mendalam. – Suara.TV

Rakyat Diminta Bersabar, Beri Masa PH Tunaikan Janji Manifesto

ALOR SETAR: Rakyat diminta bersabar dan memberi masa kepada kepimpinan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara selepas kerajaan kembali berada di landasan betul dalam memacu semula perkembangan ekonomi Malaysia.

Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai, berkata beliau percaya keadaan ekonomi akan semakin baik menjelang tahun depan dan kerajaan dapat menunaikan segala janji manifesto yang dituntut rakyat.

“Saya faham ada rakyat kecewa dengan kita, tetapi pada masa sama mereka harus faham bahawa kita mengalami kekangan dan kerajaan perlukan masa untuk buktikan apa yang mereka janjikan.

“Saya nampak masalah paling besar pada rakyat adalah tekanan ekonomi dan kita berusaha bantu kurangkan beban itu atau rangsang ekonomi, maka rakyat kena sabar sebelum dapat rasai perubahan mulai tahun hadapan,” katanya.

Terdahulu, Ming Kai menyampaikan baucar ‘Kembali ke Sekolah’ bernilai RM150 kepada 300 pelajar sekolah yang terdiri daripada keluarga miskin di kawasan Parlimen Alor Setar.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa, berdasarkan tinjauan pendapat, penarafan Tun Dr Mahathir Mohamad merosot dalam enam bulan sejak beliau mengambil alih jawatan perdana menteri.

Pada masa sama, Ming Kai berkata pihaknya percaya kemerosotan itu berkait rapat dengan kekecewaan rakyat berikutan terdapat manifesto yang belum dapat dilaksana khususnya membabitkan aspek ekonomi.

“Kerajaan mempunyai senarai projek diyakini mampu merangsang ekonomi yang boleh dijayakan sekurang-kurangnya bermula tahun depan, sebelum faedahnya dirasai rakyat.

“Mulai tahun depan, kerajaan akan memperoleh RM40 bilion cukai yang belum dikembalikan dan apabila dana itu masuk ke dalam pasaran, ia akan merangsang ekonomi selain pelaksanaan beberapa projek mega yang sebelum ini ditangguh,” katanya. – BERITA HARIAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*