lsteri TMJ Persoal Punca Kematlan BayiSyifa – “Sias4t SemuIa Kematlan BabySyifa, TakMasuk AkaI TerjerutBuai.. “

“ Kesiannya.. Baby Syifa Terjerut buai dan kesan luka parah dekat kaki seperti diseret.. Semoga ada keadilan buat Baby syifa..”

Isteri Pemangku Raja Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam mempersoalkan punca kematian  seorang bayi perempuan akibat terjerut tali buaian dan mengatakan ia tidak masuk akal.

Menerusi hantaran pertama, Che’ Puan Besar Khaleeda berkongsi hantaran daripada bapa bayi berkenaan, Yuseri Yusoff yang memuat naik gambar kecederaan anaknya, Nour Rania Asyifaa Yuseri dan disertakan dengan tanda pagar #justiceforbabysyifaa selain memetik nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Dalam hantaran tersebut, bapa bayi tersebut menyertakan sekali laporan bedah siasat dan tarikh sebutan semula kes inkues di Mahkamah Koroner Seremban, 29 Jun ini.

Malah, isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan bagaimana individu tersebut boleh bertindak sedemikian terhadap seorang kanak-kanak yang tidak berupaya melakukan apa-apa pun.

“ Bagaimana seseorang boleh melakukan perkara ini ke atas kanak-kanak yang tidak berdaya. Kamu perlu siasat semula kes ini, ” tulis baginda lagi sambil memetik pihak Polis Diraja Malaysia dan Datuk Seri Rina Harun.

Apa yang menambahkan kehairanan adalah kesan jerutan di leher yang nipis seperti tidak menggambarkan ia dijerut dengan tali buaian.

Terdahulu, Baby Syifa dilaporkan meninggal dunia pada jam 4.30 petang pada 22 Februari lalu dan dijumpai oleh pengasuh dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan leher dan kepalanya terkeluar dan tergantung pada kain, manakala badan berada di dalam buaian berkenaan.

Sumber/Kredit:  Instagram @ymchepuankhaleeda

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*