Tendang Penghantar Makanan Wanita. Ini Hukuman Mahkamah Kepada Lelaki Itu

Lelaki mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mencderakan pekerja penghantar makanan wanita di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Tertuduh, Hii King, 61, memohon kes dibicarakan selepas dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Ikhwan Mohd Nasir.

Lelaki itu hadir ke mahkamah bersama peguamnya, Lim Tien Loong daripada Lim & Chia Advocates & Solicitors ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, kira-kira 9 pagi tadi.

Hii King hadapi dua pertudohan iaitu mengikut Seksyen 323 Kanun Kesksaan kerana dengan sngaja mendatangkan kecderaan dan Seksyen 509 Kanun Kesksaan atas kesalahan dengan niat menggnggu kesantunan seorang wanita.

Dia didkwa melakukan kesalahan itu terhadap Shazleena Shazimi, 26, pada 18 Mei lalu, 4.10 petang di Jalan Puteri 9/1, Bandar Puteri Puchong.

Timbalan Pendkwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid menawarkan ikat jamin sebanyak RM6,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam bela, Tien Loong meminta ikat jamin dikurangkan kepada RM4,000 atas alasan tertudoh tidak bekerja sejak lapan tahun lalu dan mempunyai tanggungan tiga anak dengan seorang daripadanya adalah penuntut universiti.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Ikhwan menetapkan tertudoh diikat jamin sebanyak RM4,000 bagi kedua-dua pertudohan dengan seorang penjamin.

Ikhwan juga menetapkan syarat tambahan terhadap Hii King iaitu tidak dibenarkan mengganggu mngsa dan saksi yang terbabit dalam kes berkenaan.

Beliau turut menetapkan 16 Jun nanti sebagai tarikh sebutan semula kes terbabit.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kejadian perselisihan faham antara pekerja penghantar makanan dengan seorang pemandu kereta di Jalan Puteri 9/1 Bandar Puteri, Puchong.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pemandu kereta terbabit memarahi mngsa kerana memotong kereta dipandunya ketika dia mahu membuat pusingan U di lokasi berkenaan.

Suspek turut menunjukkan isyarat luc4h kepada mngsa dan menendangnya beberapa kali sehingga mngsa terjatuh.

Dalam pada itu, dua rakaman video termasuk satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu tular di media sosial sejak petang kelmarin.

Mymetro via Khalidah Media Network

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*