‘Tolong belikan tali leher sebab tak cukup duit’ – Diundang Ke Istana, Lelaki Kongsi Pengalaman Sekelas Dengan Tengku Hasanal

Walaupun masih muda dan baru berusia 25 tahun, sifat keperibadian Tengku Mahkota Pahang iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah cukup dikagumi ramai.

rata-rata rakyat mengakui baginda dilihat sama seperti ayahandanya serta bondanya yang begitu dekat dengan rakyat. Tidak hairanlah Tengku Hasanal  turut menjadi ‘pujaan’ hati rakyat Malaysia kerana keprihatinanan selain turut  memiliki wajah yang tampan serta murah dengan senyuman.

Baru-baru ini, dalam satu perkongsian oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai Paihhh, dia telah menceritakan kisahnya yang pernah berteman rapat dengan Pemangku Sultan Pahang itu.

Kisah tersebut tular di laman twitter dan Paihhh atau nama sebenarnya Raja Mohd Faiz dikategorikan sebagai ‘bertuah’ apabila merasai alam persekolahan sewaktu kecil bersama kerabat diraja.

Pengalaman menjadi teman persekolahan kepada Tengku Hasanal adalah suatu yang manis untuk dikenang.

Dia juga berasa bangga kerana usia kecilnya dipertemukan dengan teman yang begitu baik dan merendah diri walaupun kedudukannya merupakan golongan diraja.

Malah, sewaktu dia tidak mempunyai wang untuk membeli tali leher di sekolah, Tengku memanggil pengawal peribadi baginda lalu menghulurkan wang kepadanya.

Twitter @rajamohdfaiz istana_negara

Kredit: Keluarga

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*