Tolong Jaga Mak dan Abah Ya. Pesanan Terakhir Jururawat Ini Buat Adiknya Rasa Sayu

” Tolong jaga emak dan abah ya.”

Itu pesanan terakhir seorang jururawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, yang mnnggaI dnia akibat dijngk1ti COVlD-I9, tengah malam tadi.

Nadila Rahmat, 32, jururawat di wad ortopedik HPSF itu mninggI dnia kira-kira jam 12.36 tengah malam tadi selepas hampir 17 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Adiknya, Nabiha, 26, berkata pesanan terakhir kakak sulungnya itu disampaikan menerusi telefon sehari selepas dimasukkan ke ICU pada 7 April lalu.

Katanya, Allahyrham ketika itu menelefon ibu mereka, Rodiah Mohd Don, 57, bagi memaklumkan keadaannya kerana perlu dirawat di ICU.

Nadila Rahmat (kiri), 32, jururawat di wad ortopedik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HSPF) Muar, mennggaI dnia kira-kira jam 12.36 tengah malam tadi selepas hampir 17 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) , Kluang, bersama ibunya, Rodiah Mohd Don, 57, bergambar di hadapan rumah mereka di Muar. – Foto ihsan keluarga

Namun berikutan mereka sekeluarga berada dalam kenderaan kerana baru selesai melakukan saringan COVlD-I9 menyebabkan suara kakaknya itu tidak didengari ibunya.

Sempat beritahu akan ‘ditidurkan’

” Ibu menyerahkan semula telefon kepada saya sebelum kakak berpesan supaya sentiasa jaga emak dan ayah.

” Kakak berkata selepas ini beliau akan ‘ditidurkan’ di ICU bagi memasukkan ubat ke dalam badannya.

” Ketika itu sudah terdetik rasa sayu namun saya tidak sampai hati untuk memaklumkan emak dan abah kerana tidak mahu mereka susah hati.

Itulah kali terakhir kakak bercakap dengan ibu dan saya sebelum menghmbuskan nfas trakhir tengah malam tadi, ” katanya sebak ketika dihubungi.

Jnzah Nadila dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam Serom 1, Sungai M4ti, Tangkak, Muar, tengah hari tadi.

Mengulas lanjut, Nabiha berkata, Nadila sudah 10 tahun menjadi jururawat dan bertugas di HPSF Muar.

Katanya, kakak seorang yang ceria namun jarang berkongsi masalahnya dengan keluarga berikutan tidak mahu mereka bimbang.

” Kakak sudah mula tidak sihat awal April lalu dengan batuk dan tidak berselera makan, namun kami tidak mengesyaki apa-apa.

” Kakak hanya maklumkan kepada keluarga beliau perlu menjalani kurantin kerana menjadi sspek jngkitan COVlD-I9 hanya di saat akhir sebelum pergi ke pusat kurantin di Pagoh pagi pagi 5 April lalu.

” Itulah kali terakhir kami sekeluarga bertemu kakak.

” Beliau meminta emak membantu mencari beg pakaian namun menegah ibu datang berhampirannya ketika mahu menolongnya mengemas pakaian.

” Ketika itu emak sudah berasa tidak sedap hati namun seperti kakak, emak hanya memendam saja perasaan sedihnya itu sehinggalah kakak perlu dimasukkan ke ICU 7 April lalu,” katanya.

Beliau berkata, keluarganya terutama bapa mereka, Rahmat Johan, 65, dan emak sering melakukan solat hajat dan membaca surah Yassin bagi mendoakan kakak sembuh seperti biasa.

” Namun malam tadi, apa yang kami sekeluarga takuti terjadi juga apabila hospital dan doktor menghubungi keluarga kira-kira jam 10.30 malam menyatakan keadaan kakak semakin tidak stabil,” katanya.

Panggilan kedua dari hospital memaklumkan kakak semakin kritikal dan meminta keluarga bersedia apa jua kemungkinan dan panggilan ketiga, pula memaklumkan kakak sudah mninggI dnia.

” Keluarga kami reda dengan pemergian kakak namun kami kehilangan seorang kakak yang suka berbakti kepada keluarga dan masyarakat dan tidak lagi dapat menyaksikan keletahnya menyediakan hidangan berbuka puasa seperti selalu, ” katanya.

Berita Harian Online

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*