Dr Erin, Isteri Kepada Da’i Farhan Didkwa Menipu Dan Hukuman Yang Bakal Dikenakan Memang Perit

Isteri seorang juara program Da’i, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini, hari ini, atas tuduhan menipu seorang wanita dalam urusan sijil halal menyebabkan kerugian lebih RM10,000.

Tertuduh, Noorainul Naqim Mohd Radzi, 39, yang lebih dikenali sebagai “Dr Erin”, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dikemukakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Menerusi portal Harian Metro, Dr. Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi dituduh menipu seorang klien berikutan gagal mendapatkan Sijil Halal JAKIM dan pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu miliknya. Wanita berkenaan turut dilaporkan telah menyerahkan wang sejumlah RM10,050 bagi tujuan tersebut pada 21 Disember 2017 hingga 26 Februari 2018. Sekiranya terbukti bersalah, dia bakal berdepan hukuman penjara kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun berserta sebatan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mendorong Norsiha Aala untuk menyerahkan wang tunai RM10,050 bagi mendapatkan sijil halal dan pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk produk miliknya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di 9-2-1 Kelompok Nuri B, Taman Keramat, Wangsa Maju, pada 21 Disember 2017 hingga 26 Februari 2018.

Dituduh tipu klien wanita…boleh dikenakan hukuman berat

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu, sabit kesalahan boleh dihukum penjara antara setahun hingga 10 tahun dengan sebat serta denda.

Susulan pengakuan tidak bersalah oleh tertuduh, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar, memohon mahkamah menawarkan jaminan RM10,000 kepada tertuduh.

Tertuduh yang diwakili peguam bela, Sheik Abdullah Abdul Malik, memohon mahkamah mengurangkan jaminan, memandangkan anak guamnya penanggung tunggal lapan anak, berusia lima hingga 19 tahun.

“Suami tertuduh juga hadir di mahkamah hari ini bagi menjadi penjamin,” katanya.

Perlu bayar jaminan RM4,000…Suami pula enggan beri keterangan

Walau bagaimanapun, wanita berusia 4o tahun terbabit mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebentar tadi. Pihak peguam bela pula memohon mahkamah untuk mengurangkan kadar jaminan ditawarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya berikutan Dr Erin adalah penanggung tunggal kepada 8 orang anaknya. Susulan itu, Majistret memerintahkan tertuduh membayar jaminan berjumlah RM4,000 serta menetapkan tarikh 3 April 2020 bagi sesi serahan dokumen. Dalam pada itu, Da’i Farhan yang turut berada di perkarangan mahkamah enggan mengulas lanjut kepada pihak media mengenai isu tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber bharian

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*