TSMY Kini Disahkan Bebas Kanser Oleh DOKTOR PAKAR

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, beberapa pakar perubatan telah mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bebas penyakit kanser dan sihat bagi memikul tugas sebagai Perdana Menteri.

Surat pengesahan daripada perunding-perunding perubatan mengenai tahap kesihatan Perdana Menteri

Kenyataan tersebut dibuat berikutan laporan portal Sarawak Report yang mendakwa beliau melanggar perintah kuarantin di rumah dengan pergi ke Singapura bagi mendapatkan rawatan kanser.

Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri – Pembohongan Sarawak Report Terhadap Perdana Menteri

Posted by Muhyiddin Yassin on Monday, June 15, 2020

“Kegagalan berbuat demikian bermakna laporan yang disiarkan portal itu adalah berniat jahat untuk memburuk-burukkan imej Perdana Menteri.

“Amat malang apabila portal berita itu kini berubah menjadi perkakas politik bagi menjaja dan menyebarkan fitnah melalui laporan yang tidak berpaksikan kebenaran,” katanya.

Sebelum ini, Muhyiddin menjalani kuarantin selama 14 hari bermula 22 Mei lalu selepas salah seorang daripada pegawai yang hadir mesyuarat pasca-Kabinet disahkan positif Covid-19.

“Semasa menjalani tempoh kuarantin, Perdana Menteri sentiasa mematuhi arahan tidak keluar rumah. Semua tugasan rasmi hanya dijalankan dari rumah termasuk mengadakan sidang video dengan Menteri Kanan Pertahanan dan Ketua Pengarah Kesihatan.

Justeru dakwaan Sarawak Report bahawa Perdana Menteri melanggar perintah kuarantin dengan keluar rumah, apatah lagi terbang ke luar negara adalah sama sekali tidak berasas dan hanya rekaan penulis,” ujarnya.

Adakah anda setuju jika Sarawak Report diharamkan kerana FITNAH kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Artikel Asal Ditulis Oleh Malaysia Politik

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*