“Muhyiddin Pun Tak Boleh Nak Selamatkan Dia” – Najib Razak Didapati Bersalah!

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas salah satu pertuduhan salah guna kuasa, melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut.

Sebelum ini, Najib, 67, didkwa atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman hukuman mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai rasuah atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Setakat ini Mohd Nazlan masih membaca enam lagi pertuduhan yang dikenakan ke atas Najib.

Muhyiddin akan jatuh kerana enam orang: Tun M

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin akan jatuh sekiranya enam ahli Parlimen UMNO yang sedang menjalani perbicaraan didapati bersalah oleh mahkamah.

Menerusi catatan di Facebooknya, Dr Mahathir berkata, keenam-enam ahli Parlimen itu ialah Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan).

Beliau berkata, kedudukan kesemua pemimpin terlibat itu kini diibaratkan telur di hujung tanduk apabila mereka bakal kehilangan jawatan sebagai wakil rakyat sekali gus akan mempengaruhi sokongan terhadap Muhyiddin.

” Sekarang jumlah wakil rakyat yang menyokong Muhyiddin hanya 114, iaitu tiga sahaja lebih daripada separuh (111 wakil rakyat).

” Jika enam orang ini didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat. Dengan itu penyokong Muhyiddin tinggal 108 iaitu kurang daripada separuh. Maka kerajaan Muhyiddin pun akan jatuh,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir bagaimanapun memberi bayangan bahawa enam pemimpin terbabit tidak akan didapati bersalah dengan mendakwa keputusan itu akan ditentukan oleh Muhyiddin.

” Kita sudah lihat bagaimana Riza Aziz dilepas dan (Tan Sri) Musa Aman juga sudah dilepas.

” Sudah tentu enam orang ini juga akan didapati tidak bersalah. Maka selamatlah Muhyiddin. Dunia akan ketawa melihat kerajaan pintu belakang ini putar undang-undang.

” Yang salah tidak salah. Yang benar salah. Yang menang kalah. Yang kalah menang. Syabas. Norma baru sudah dicipta,” katanya dalam catatan yang juga boleh dibaca di blognya, chedet.cc.

SUMBER – Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*