‘Menganggur’ Tujuh Bulan Kerana Tiada Tawaran Berlakon, Ini Yang Terjadi Kepada Jalil Hamid

” Rasa terhiina betul aku bila ditawarkan peranan utama, 12 scene (babak) dari 16 scene. Shooting dua hari tapi harga ditawarkan RM1,500!”

Demikian luahan mengejutkan pelakon Jalil Hamid, 61, kira-kira setahun yang lalu. Namun siapa sangka akibat dari sikap berani menyuarakan hal tersebut telah menjadi ‘hukuman’ buat pelakon berkaliber ini.

Mana tidaknya, sejak isu bayaran itu ditimbulkannya, Jalil terpaksa ‘menganggur’ selama tujuh bulan kerana tidak menerima tawaran berlakon.

Jalil ketika ditemui berkata, apa yang disuarakan itu adalah perkara wajar kerana tidak patut soal bayaran untuk pelakon lama dan berpengalaman sepertinya diperlekehkan.

” Walaupun isu bayaran untuk pelakon lama seperti saya sudah banyak kali disuarakan tetapi hingga kini masih tidak nampak perubahan.

” Bukan saya seorang yang bersuara tetapi ramai juga pelakon lama meluahkan perkara sama, namun situasi tetap sama. Alasannya, pelakon popular perlu dibayar mahal manakala pelakon ‘tak berapa ada’ seperti saya kena bersedia terima bayaran murah,” katanya.

Jalil berkata, antara alasan lain yang diberikan pihak penerbit ialah stesen TV membayar murah drama dihasilkan.

” Kata mereka (penerbit), harga dibayar stesen TV masih sama seperti dulu sejak drama diswastakan pada 1986. Keuntungan diperoleh kurang. Jadi bayaran tetap murah kerana mengambil kira faktor tertentu,” katanya.

Selama empat dekad bergiat aktif sebagai pelakon, Jalil sudah menerima lapan anugerah antaranya Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 1995 dan Artis Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada 1992.

Jalil tidak hanya dikenali sebagai pelakon berwatak berat, tetapi juga sinonim sebagai pelawak dan penyanyi.

Terbaru, Jalil kini menjalani penggambaran drama 24 episod berjudul Rindu Yang Terlarang lakonan Fikry Ibrahim dan Zahirah MacWilson.

Antara filem dan drama lakonan Jalil ialah Wanita Bertudung Hitam, Zombi Kampung Pisang, Bisik Pada Langit, Darling Sayang dan Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung.

Gambar- Jalil Hamid ketika membawa berlakon sebuah telefilem pada tahun 2015

Kira-kira Oktober tahun lalu, Jalil atau nama sebenarnya Abdul Jalil Abdul Hamid mendedahkan tawaran dari satu syarikat produksi sangat tidak masuk akal untuk diterimanya.

” Sia-sia pula mengumpul tujuh, lapan award (anugerah) dan Anugerah Pelakon Terbaik dan Popular selama hampir 40 tahun,” tulisnya.

Dakwanya apakah tawaran harga itu layak buatnya disebabkan tidak mempunyai gelaran Datuk atau Tan Sri.

” Barangkali kerana aku tak ada gelaran datuk atau Tan Sri. Atau kerana tidak tampan atau handsome. Bila dah jadi artis veteran ni, rupanya dah jatuh nilai,” katanya lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: hmetro

Kredit : malaysia united

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*