Tular Di Media Sosial Bahawa Pihak Berita Gunakan Ayat ‘Mendiang’ Tentang Kem4tian Adib. Ini Respond Media Berita

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Bernama News Channel (BNC) memohon maaf kepada keluarga Muhammad Adib Mohd. Kassim di atas kesilapan menggunakan gelaran ‘mendiang’ dan bukannya Allahyarham dalam ‘crawler’ yang disiarkan semalam.

Ketua Pegawai Operasinya, Hakimi Mohd. Zain dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil tindakan segera sebaik sahaja menyedari kesilapan tersebut pada hari yang sama.

“Kesilapan itu adalah tidak disengajakan dan kami amat menyesali apa yang berlaku.

“Kami belajar daripada kesilapan dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang supaya perkara yang sama tidak berulang lagi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sumber Artikel : Utusan Online

Artikel Seterusnya …

Setelah Sekian Lama Akhirnya Ibu Adib Bersuara Dan Ini Tuntutan Ibu Arw4h Adib

“Saya nak tengok muka orang yang sanggup buat macam itu.. sampai bunuh anak saya,” demikian luah Asma Aziz, 51, ibu kepada arw4h Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang ma ut akibat dibelasah sekumpulan perusuh dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, November lalu.

Asma berkata, dia mahu melihat sendiri wajah pelaku yang tergamak meragut nyawa anaknya yang ketika itu sedang menjalankan tugas dan besar harapannya sebagai seorang ibu untuk melihat si pelaku dihadapkan ke muka pengadilan untuk menuntut bela terhadap kema tian anaknya.

“Saya nak depa dibawa ke muka pengadilan. Apa yang dilakukan itu tidak boleh dimaafkan,”katanya ketika ditemui wartawan di rumahnya di Kampung Tebengau Tepi Laut, Alor Setar.

Menurut Asma, anak kedua daripada empat beradik itu amat rapat dengan keluarga dan sentiasa pulang ke kampung setiap kali cuti. Mengimbas semula sifat Adib, arw4h juga akan mengambil cuti untuk membantu bapanya mengerjakan sawah setiap kali tibanya musim menanam padi.

“Kalau cuti dua haripun, arw4h akan pulang ke rumah menaiki keretapi atau bas sebab arw4h memang rapat dengan keluarga.

“Kalau musim menanam padi, arw4h akan menghubungi bapanya untuk mengambil cuti dan membantu di sawah,” katanya.

Asma mengakui, dia masih tidak dapat tidur lena malam tadi kerana terlalu rindukan Adib. Apabila ditanya lanjut mengenai arw4h, Asma tidak dapat menjawab kerana terlalu sebak.

Mengenai majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada 22 Disember ini, Asma belum lagi membuat keputusan sama ada mahu menukar majlis itu sebagai kenduri tahlil kerana dia masih sedih dengan pemergian Adib.

PEGAWAI Psikologi Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Maznah Hassan (kiri) memberi penerangan mengenai kaunseling kepada Asma Aziz ketika melawat di kediamanya di Kampung Tebengau

Walaupun begitu, Asma berkata, pihaknya amat menghargai keprihatinan ramai pihak khususnya di media sosial yang mahu kema tian Adib dituntut bela dan pelakunya dihadapkan ke muka pengadilan.

“Rasa berterima kasihlah namun sampai sekarang saya tak boleh tengok berita mengenai Adib (di laman sosial)… saya tak sanggup lagi,” katanya.

Sumber Artikel : The Reporter

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*