Tular Gmbar Mawar Karim Berbusana Putih, “Dia Dah Kahwin..?”

Wajah cantik jelita Mawar Karim sangat dikenali dengan jenama tudungnya yang terkenal, Fareeda. Pengusaha berusia 32 tahun itu pernah menjadi isteri kepada pelakon Fizo Omar dan merupakan salah seorang selebriti yang mempunyai ramai peminat setia.

Tidak ada angin, tidak ada ribut, semalam ada seorang individu yang dipercayai jurusolek artis, @tymfatimah, telahberkongsi gambar usahawan tersebut melalui InstaStory.

Namun, apa yang menjadi perhatian dalam gambar adalah Mawar telah siap disolek dan kelihatan cantik mengenakan gaun pengantin berwarna putih.

Nampaknya, kapsyen yang tertera di gambar itu pasti mengundang persoalan di fikiran warganet yang melihatnya. Adakah Mawar sudah berkahwin? Sekiranya benar, dengan siapa? Tanpa disangka, diam-diam ubi berisi.

Tambahan pula, awal tahun ini, ibu kepada seorang cahaya mata itu memuat naik gambar ‘tangan seseorang’ yang dihulurkan ke arahnya di laman Instagram.

Sejak itu, orang ramai mula tertanya-tanya adakah Mawar sudah berpunya dan siapakah gerangan jejaka bertuah itu. Namun, setakat ini, tuan punya badan belum mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu.

Ingatkan nikah rupanya..

Berbalik semula ke kisah asal mengenai “perkahwinan” Mawar, apabila melihat kembali InstaStory @tymfatimah, didapati bahawa gaun pengantin itu bukanlah untuk majlis perkahwinan, tetapi hanya untuk “photoshoot” sahaja. Alahai tertipu rupanya para peminat, tetapi mesti ada orang yang berasa lega kan?

“Tak cukup syarat sah kahwin ni. Pengantin lelaki takde. Mawar Karim masih ‘available’,” tulis penata rias itu pada gambarnya.

Selepas Hannah Delisha, ingatkan Mawar pun nak kahwin dengan tiba-tiba juga. Jadi, bawak bertenang ye semua jejaka-jejaka diluar sana . Seperti yang dikatakan oleh @tymfatimah, itu masih ‘available’. Semoga berjaya!

SUMBER/KREDIT: cikgu share

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*