Tular Gmbar P0Iis Dengan Riben Perkhidmatan Yang Banyak, Ketua P0Iis PerIis Beri PenjeIasan

Baru-baru ini tular di media sosial sekeping gambar seorang polis trafik yang memakai pakaian seragam yang penuh dengan riben perkhidmatan.

Dalam satu hantaran di facebook berkata,

” Otai masih berbisa. Orang Perlis mesti kenal dia ni”.

Sekeping gambar itu menjadi perbualan hangat netizen. Seorang pengguna facebook berkata

” Fuhh ribbon bar, ada sayap lagi.. Bukan biasa2″.

Selain itu ada yang memberikan komen,

” ayah sham raja lelong”.

Koperal polis trafik yang tular berkenaan pemakaian riben perkhidmatan seperti pegawai berpangkat tinggi di media sosial didapati khilaf dalam mengenakan riben itu pada pakaiannya.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, bagaimanapun perkara itu bukanlah bermaksud anggota terbabit, Koperal Ku Fauzi Ku Baharom dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis mempunyai niat untuk meni1pu.

Menurutnya, sudah terbukti semua pingat itu diterimanya dari Istana Arau atas khidmatnya sebagai pengawal Raja Perlis yang ketika itu menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-12.

Maksimum 6 Baris Sahaja Riben Perkhidmatan

“ Cuma dalam hal ini, dia terkhilaf mengenakan riben perkhidmatan pada pakaiannya, sepatutnya maksimum hanya enam baris saja dibenarkan.

“ Namun dia terlebih satu baris seperti dalam gambar yang tular di media sosial baru-baru ini.

“ Bagaimanapun penyelianya sudah memaklumkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan serta-merta dia mengikut cara pemakaian dibenarkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Gambar anggota polis yang tular sebelum ini mendapat reaksi netizen yang rata-ratanya memuji anggota berkenaan atas perkhidmatan beliau sehingga layak dikurniakan pelbagai pingat berkenaan.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd secara peribadi memuji anggotanya itu dan dia layak menerimanya.

“ Kedua-dua sayap penerbangan yang dipakainya adalah kurniaan Thailand ketika beliau mengiringi Raja Perlis ke majlis ulang tahun kelahiran Raja Thailand dan anugerah kursus khas bersama Briged Para Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“ Sebagai anggota yang lama bertugas di Istana Arau, beliau sememangnya layak menerima pingat atau riben perkhidmatan sepanjang tempoh berkhidmat,” katanya.

Dengan ini jelaslah bahawa gambar yang tular itu adalah betul dan anggota polis trafik itu adalah polis sebenar dan memiliki riben yang banyak atas jasanya berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia(PDRM).

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: blogammar

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*