Tular Peniaga Restoran 35, Maki Pelanggan Di Melaka

INI kedai saya, saya punya pasal la saya nak ke tak nak jual!” demikian suara lantang dari pemilik kedai yang ditujukan kepada pelanggan dalam insiden yang dikatakan berlaku di Melaka.

Sebelum ini dikatakan kedai ini pernah tular dengan insiden yang melibatkan seorang usahawan yang dihalau keluar oleh pemilik kedai ketika membuat live mempromosikan produknya.

Luah wanita berkenaan, dia sebelumnya ini gemar datang ke restoran tersebut dan kali ini dia membawa keluarganya datang untuk menikmati hidangan di situ. Malangnya, layanan yang diberikan sangat mengejutkan mereka sekeluarga.

“Sedih tau, kita datang nak hantar duit kat orang, tapi layanan yang macam mana mereka balas ni? Family aku datang pukul dua petang, datang tengok lauk kat cermin normal la customer. And tanya lauk ni je yang tinggal kak? Akak kat cermin tu jawab ha ye,” katanya.

“Kau datang dah pukul berapa kalau ada gajah, gajah pun habis,” kata pemilik kedai itu yang membuatkan wanita ini terkilan.

“Aku ni jiran atau anak-anak buah kau ke kau sound macam tu? Tapi aku ni fikir orang tua hidup pun dah tak lama malas layan, masih lagi order and terus makan sebab aku dah lapar sangat. Kalau betul tak bagi kami makan kat sini, dengan secara warasnya sebagai manusia cakap dengan baik, ‘Maaf dik dh tutup’ atau, ‘Kami tak terima pelangan lagi, maaf’.

“Dari aku masuk sampailah dah bayar dan balik, perkataan maaf langsung tak ada. Sebelum ni dengar viral pasal makcik tu punya mulut, tak kena kat muka kita memang kita ok je, tapi bila dah kena baru tahu. Sakit s***l! Tak salah pun kena halau, kene maki ke s***!! Ni manusia ke apa?

“Dah order, tengah santai menghayati lauk-lauk kat depan mata aku tu, masalahnya radio aku tak dengar, yang aku dengar makcik tu bebel dengan gigi sebatangnya dia bebel “mengatuss tak habis-habis”. Macam punca hal ni tadi dari family aku. Aku pelik le apa masalah makcik ni ek? Apa salah family aku ni?

“Nasiblah aku ni pandang muka mak aku, paklong maklong aku dari Singapore tu. Kalau tak aduhai malas cakap ah, lagipun orang tua aku ni malas layan tapi bila apa yang korang dengar video tu memekik-mekik korang rasa?

“Bila mak aku bersuara, anak dia pulak menyampuk makikan mak aku,” katanya.

Rakaman yang tular

Beliau juga menyatakan, bil yang dikenakan ke atas hidangan mereka adalah berjumlah RM240. Pembayaran dibuat tanpa bertanya mengenai caj bagi setiap hidangan tetapi pemilik kedai tersebut masih gigih melemparkan kata-kata biadap terhadap pelanggannya.

“Dengan apa yang kami makan, bil RM240 dan tanpa tanya-tanya aku bayar jela. Aku rasa bebel radio buruk makcik tu kot sekali kene caj sampai RM240 tu. Kalau betul, kira halalkan. Kalau main tikam, dunia akhirat aku tak halalkan. Pandai-pandai le jawab kat sana nanti.

“Ada ke patut makcik tu kata, “Takda hasil le tu makan telur dadar je, takde duit jangan bawak mak bapak makan’,” kata-kata pemilik kedai itu membuatkan dia benar-benar kesal.

Ujar wanita ini lagi, beliau berasa malu dengan sikap dan tindakan pemilik kedai ini yang telah membawa imej buruk kepada negeri tersebut.

“Malu s*** orang luar tengok dan dengar sendiri orang Melaka berniaga nak bagi orang makan dengan cara macam ni. Walaupun orang luar tu dari Singapore sedara-mara aku, aku tetap rasa malu!”

 

Sumber/Kredit: mediaviral dan OMM

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*