Tular Rakaman Pekerja J&T M0g0k, BaIing Barangg Pelanggan

Dua minggu yang lalu telah viral di media sosial apabila terdapat lambakan parcel yang belum sempat dihantar gara-gara permintaan menghantar bungkusan sepanjang PKP dikatakan naik mendadak dek kerana ramai yang membeli secara online.

Syarikat kurier J&T Express sekali lagi dilaporkan mengalami masalah apabila perkara itu didedahhkan melalui satu perkongsian yang dibuat pengguna Facebook serta komen-komen yang ditinggalkan di kiriman Facebook Makaner

Menurut hantaran Facebook yang bernama Nur Sirah, beliau ingin mendapatkan barang pesanan miliknya yang telah kelewatan untuk diterima selama 6 hari. Ini berlaku di gudang milik syarikat itu di Sri Kembangan.

Gadis ini sempat menasihatkan agar menghentikan dahulu mengunakan perkhidmatan  j&t di kawasan Selangor. Tambahan lagi, banyak barangan penghantaran telah tersadai dan staff juga ramai tak ada. Staff yang tinggal juga melaporkan mengalami gangguan sistem.

Luahan Hati Pekerja J&T

Namun, seorang pekerja syarikat kurier terkemuka di Malaysia ini telah mendedahhkan masalah dalaman yang dialami oleh J&T EXPRESS !!

Baca perkongsian di bawah :

J&T EXPRESS !!

pihak J&T 2021 januari sudah mula menggila sekali lagi terhadap staff pekerja dengan memotong cara mendapatkan komisen.

pihak J&T sudah mengatur langkah dengan membuang elaun komisen runner start bulan januari, maksudnya jika barang tak capai 1200 penghantaran, elaun komisen tidak dapat. elaun penghantaran hanya dikira selepas 1201.

Start januari komisen 1200 parcel delivery kerja wat amal,lebih 1200 baru di kira contoh kalau bulan januari delivery 1500 parcel dia hanye bayar komisen yg 300 parcel sahaje sebab dah lepas 1200 kan,1200 parcel tu dia burn.so 300 parcel x 60sen hanya dapat rm180 sahaje.memang celaka kan,sifat belah kasihan tak ada lasung,dah macam komunis pihak orang atasan ni.

Komisen pikcup dari 4% dah jadi 1%,komisen admin clark lagi la semua dia potong.

lepas ni ape pulak dorang nk potogng?

dengan pengurangan komlsen dari pihak atasan J&T, langsung tiada pembincangan dengan pihak staff yang lain tanpa persetujuan.. pihak atas mengambil kesempatan dalam kesempitan orang bawahan!nak cakap rugi pasal kes covld19? company j&t ni tak pernah tutup selama wbakk covld19 ni melanda di negara kita, malahan barang semasa PKP bertimbung2 sampai tak cukup staff dorang ambil partime. lagi mau sembang company rugi ke?

orang bawahan sudah mula utk berbincang dan memberi pendapat tapi tidak diendahkan.. hanya alasan orang atas membandingkan kenapa syarikat penghantaran lain bole buat, J&T tak bole?! shlt.

ini kah kukubesl yang mula memblak??!!

jika barang korang oder tu lambat, harap nya paham la situasi kami ye.. dengan kekurangan runner, dengan pemotongan tiada komisen, hanya bergantung basic semata, semangat berkerja pun dah hilang.. gone! sampai staff pun boikot atas ketidakkan perihatinan dari pihak atasan..

Tular pekerja J&T mogokk, baling barang pelanggan

PETALING JAYA ‚Äď Satu video di aplikasi Tiktok tular memaparkan sekumpulan pekerja syarikat kurier, J&T Express¬†mogok di sebuah gudang barangan yang tidak diketahui lokasinya.

Difahamkan, mereka mogokk akibat masalah gaji.

Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan seorang pekerja membaling barangan pelanggan. Turut kedengaran beberapa pekerja yang berteriak menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pengurusan syarikat.

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh J&T Express.

Rata-rata netizen menyatakan mereka tidak mempunyai masalah sekiranya pekerja ingin mogok namun tidak bersetuju dengan tindakan membaling barangan kerana ia membawa masalah kepada penjual serta menganiaya pelanggan yang tidak bersalah.

SUMBER/KREDIT: Makaner, Muhammad Zaki / kosmo online

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*